Saturday, May 7, 2011

Sekitar Hari Keluarga KRT Taman Mahsuri di Pulau Pinang

 inilah kediaman Rumah Kedah yg kami menginap...

 Pandangan dari hadapan kediaman yg kami duduki..
 Di bahagian belakang kediaman ini terbentang luas laut yg cantik pemandangannya..
 Pandangan dari belakang kediaman..Landskap yang luas & cantik..
 Antara aktiviti yang berlangsung...Sukaneka..

 Makanan dibuat secara pot luck di mana masing2 membawa makanan utk disajikan pada tengah hari..sangat sedap hingga menjilat jari..
 Aktiviti yang berlangsung..mandi manda di pantai Batu Feringgi..
 Aktiviti malam iaitu cabutan bertuah di mana sebelum mendapat hadiah..peserta perlu membuat satu persembahan..Kelihatan Pengerusi Kebajikan..En. Md.Isa sedang mempersembahkan lakonan beliau..
Pengerusi Jiran Wanita..Puan Rokiah juga tidak terlepas dari membuat persembahan.

Kesimpulannya..kesemua peserta sangatlah sporting..Program ini adalah khas buat AJK KRT Tmn Mahsuri iaitu sebagai hadiah kerana telah banyak membuat aktiviti sepanjang KRT Tmn Mahsuri ditubuhkan. InsyaAllah jika ada kesempatan atau peluang..akan di adakan lagi program seperti ini malah di war-warkan kepada sesiapa yang berminat dan ia bukanlah khas untuk AJK semata-mata kerana objektif penubuhan KRT Tmn Mahsuri adalah untuk pembangunan sosial dan kesejahteraan penduduk setempat.

No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..