Pengenalan

Assalamualaikum..Salam sejahtera,salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.
Blog KRT Tmn.Mahsuri ini di wujudkan untuk memberi maklumat serta makluman kepada semua pembaca samada dari penduduk Tmn.Mahsuri sendiri ataupun bukan dari Tmn.Mahsuri.
Disamping itu diharapkan juga kiranya anda mempunyai apa-apa pandangan, cadangan, teguran yg membina dan apa saja yg dapat dikongsi bersama silalah meninggalkan catatan anda diruangan yg disediakan.
Anda juga dijemput menyertai sebarang aktiviti yg dianjurkan sekiranya berminat atau mempunyai kelapangan masa.Penyertaan anda amatlah dialu alukan demi kemuafakatan dan dan kerukunan dlm komuniti setempat ini bertepatan dengan slogan 1 Malaysia 
' RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'



BERIKUT ANTARA AKTIVITI DLM MASA YG TERDEKAT BAGI YG BERMINAT TURUT SERTA.
1) Kayuhan basikal - setiap hari ahad,rabu dan sabtu jam 5.00 petang
2) Kelas erobik di dewan fasa 2A - Sabtu jam 5.30 ptg.
3) Bacaan YAASIN - Jumaat jam 3 ptg
4) Gotong royong perdana - 26/02/2011
5) Program anak angkat UITM MERBOK - 24 & 25 Feb 2011
6) Kelas masakan
7) Bengkel Kesedaran Kendiri bagi menghadapi peperiksaan UPSR & PMR - 19hb Mac 2011
 
( sila rujuk halaman aktiviti bagi jadual lengkap )

26 Februari 2011
Pagi tadi bermula jam 7.00 pagi seramai 30 orang penunggang basikal telah berkumpul di hadapan stesyen minyak SHELL Tmn.Mahsuri untuk menjelajah berbasikal ke Kuala Nerang.
Pada 7.30 pagi Encik Ahmad Shaker Bin Ahmad, Pengerusi KRT Taman Mahsuri telah memberikan sedikit taklimat kepada semua.Seterusnya Tn.Haji Razif membacakan doa semoga semua peserta akan selamat pergi dan kembali dalam perjalanan sejauh lebih kurang 65 kilometer.
Pada jam lebih kurang 10.30 pagi peserta kayuhan telah sampai dengan selamat di Pekan Kuala Nerang dan telah di raikan dengan jamuan makan dan minum sumbangan Pegawai KEDA Daerah Padang Terap, Encik Hailmi bin Majid.Tepat jam 11.00 pagi para peserta telah memulakan semula kayuhan untuk kembali ke Tmn.Mahsuri dan tiba pada jam 12.45 tengahari tanpa sebarang masalah.



26 Februari 2011

Malam tadi bermula jam 11.00 mlm, gabungan Jab.Perpaduan Negara & Intergrasi Nasional, Krt Tmn.Mahsuri,SRS Tmn.Mahsuri,AADK Kbg.Pasu, Media cetak & elektronik dan Anggota dari Balai POLIS Komuniti Bdr.Darulaman telah mengadakan operasi memeriksa secara rambang para remaja yng berkeliaran di jalanan selepas jam 12 tengah malam.Sebanyak 50 anggota telah terlibat dalam operasi ini.Seramai hampir 100 org yg telah di tahan dan dibawa ke pusat KRT untuk di saring air kencing mereka,bagaimana pun tiada yg didapati positif penyalahgunaan dadah.
Menurut Encik Ahmad Shaker Bin Ahmad, Pengerusi KRT Tmn.Mahsuri ops.ini adalah yg pertama dilakukan pada tahun ini.Tujuan ops ini dilakukan adalah kerana sering berlaku bermacam macam kejadian sejak kebelakangan ini seperti penyalahgunaan dadah,pecah rumah, rempit, gaduh dan khalwat.Beliau berharap agar penduduk Tmn.Mahsuri dapat menyalurkan maklumat sekiranya mendapati individu atau kumpulan yg mencurigakan berada dlm komuniti tersebut.Pihaknya mungkin tidak dapat memerhatikan keseluruhan komuniti yg mempunyai sebanyak 1800 buah rumah ini.
Operasi tersebut dihentikan kira kira jam 2.00 pagi.


1 comment:

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..