Aktiviti

Sambutan Hari Ibu
Pada 30 April 2012 bertempat di Hotel Darulaman, telah di adakan Sambutan Hari Ibu yang dianjurkan bersama oleh Jiran Wanita & Jiran Usia Emas.
Majlis berlangsung jam 8.30malam dan dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Kubang Pasu , En. Ismail bin Zakaria Ia diserikan lagi dengan kehadiran Dato` Khalida Adibah binti Haji Ayob selaku Ketua Wanita Kubang Pasu & Puan Rohani Kassim, Penolong Setiusaha Wanita Kubang Pasu.

Urusetia Pendaftaran

Banner untuk Sambutan Hari Ibu 2012
Antara yang hadir
Puan Hajah Faizah bin Mohd Noor memberi ucapan selaku wakil Ibu


En. Ahmad Shaker bin Ahmad, Pengerusi KRT Taman Mahsuri memberi ucapan

En. Ismail bin Zakaria, Pengarah Jabatan Perpaduan memberi ucapan serta merasmikan Sambutan Hari Ibu 2012

Persembahan Nasyid oleh para ibu KRT Taman Mahsuri mendendangkan lagu Ibu Mithali & Perpaduan...Syahdunya suara ibu-ibu nie...

Persembahan seloka spontan oleh wakil bapa iaitu En.Badrul Hisham,En.Mahadzi & Mr Chamnat..Walaupun tiada persediaan..tapi buat penonton terhibur..

Persembahan lakonan oleh wakil ibu-ibu. Mengisahkan tentang Man seorang remaja yang terlibat dengan dadah yang degil tidak menghiraukan teguran keluarganya hinggalah pihak polis berjaya menangkap beliau,setelah beberapa tahun berada di pusat pemulihan akhlak,beliau telah insaf...agak sedih bila di akhir cerita kedengaran lagu dendangan dari Aishah mengenai Ibu....


Para pelakon dari kiri Puan Sarina sebagai pegawai polis,Puan Maziah sebagai anak yang sosial,Puan Rosmena sebagai ibu yang penyayang,Puan Khalijah sebagai bapa yang garang dan Puan Azizah Yusof sebagai abang yang garang..Berbakat sebenarnya ahli-ahli KRT Taman Mahsuri nie..



Perarakan masuk oleh para remaja yang mempersembahkan Dikir Barat..Segak bergaya dengan baju melayu...selain dari Hari Raya...payah nak tengok..ini lah peluang nak tengok..:)

Bersemangat mereka..Pandai bermain alat muzik tradisional..Tekong adalah anak kepada Puan Che Rokiah & Puan Maziah...pandai buat loghat Kelantan..Semua penonton turut sama menyanyi & bersorak kerana sangat terhibur dengan nyanyian mereka yang bersemangat...

Agaknya Pengerusi KRT kita terhibur hinggakan pejam mata pun tersenyum...:)


Persembahan Boria oleh wakil ibu...Pengisian Boria yang sangat mengelikan hati...


Persembahan sketsa oleh Puan Che Rokiah & Puan Siah Md Dar...mengisahkan seorang anak membawa ibunya pergi memancing..Yang kelakarnya mereka dapat menangkap ikan berwarna hijau & biru..Ia sebenarnya berkaitan dengan Pilihanraya yang bakal tiba...buat suma orang ketawa...


Persembahan deklemasi sajak yang diberi tajuk Untukmu Ibu..oleh Cik Zanhassida Md.Isa yang sangat menyentuh hati penonton..


Antara Ibu yang menangis...


Selawat penutup oleh Puan Umisofian binti Md Yusoff yang sangat menyentuh kalbu...



Akhirnya terlihat tersenyum puas dari raut wajah Pengerusi KRT Taman Mahsuri dengan persembahan yang dibuat...


Anugerah Ibu Perpaduan KRT Taman Mahsuri jatuh kepada.....Jeng..Jeng..Jeng...
^^^^^^
^^^^^
^^^^
^^^
^^
^

Mrs Ong...
Puan Che Rokiah binti Mat..

TAHNIAH BUAT MEREKA BERDUA...MOGA LEBIH BANYAK SUMBANGAN LAGI DITABURKAN...BUKAN SAHAJA MEREKA BERDUA..MALAH SEMUA PENDUDUK DI TAMAN MAHSURI TERUTAMA AHLI KRT TAMAN MAHSURI DALAM MEMBERI MANFAAT BUAT KEBAIKAN KRT TAMAN MAHSURI....




Acara yang tidak dilupa...bergambar beramai-ramai...senyum semua....:)



Kek khas untuk Sambutan Hari Ibu..Terima kasih kepada En. Ahmad Shaker bin Ahmad..Pengerusi KRT Taman Mahsuri..

Penulis bersama kedua ibu bapa,adik & kak ipar tersayang serta Det & tokwan yg popular di Taman Mahsuri....


Setelah melihat kesungguhan & berjayanya Sambutan Hari Ibu 2012 ini..Pengerusi KRT Taman Mahsuri akan membuat Hari Bakat yang mana penduduk KRT Taman Mahsuri boleh menunjuk bakat masing-masing...


p/s - Ada yang berbisik pada penulis yang penulis ada bakat berlakon setelah melihat penulis dapat membuat penonton menangis dengan membaca sajak..:) actually penulis masa sekolah dulu pernah berlakon teater..hihihi....

Sunday, May 6, 2012


MAJLIS PENYERAHAN KUNCI PUSAT KAWALAN SRS

Majlis penyerahan kunci Pusat Kawalan SRS Taman Mahsuri telah diadakan pada 4 Mei, 2012 jam 9.00 malam dan telah disempurnakan oleh Encik Ismail bin Zakaria Pegawai Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Kubang Pasu. Turut hadir dalam majlis tersebut Sarjan Zulkifli Ketua Balai Polis Komuniti Bandar Baru Darulaman dan Tuan Haji Yusoff bin Ariffin Pengerusi IBS Bandar Baru Darulaman. Majlis ringkas tapi penuh bermakna ini diakhiri dengan jamuan kepada tetamu yang hadir.


Ucapan Pengerusi KRT Taman Mahsuri Encik Ahmad Shaker bin Ahmad

Ucapan En.Ismail bin Zakaria
Pegawai Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Kubang Pasu


upacara perasmian Pusat Kawalan SRS

Menandatangani Dokumen Penyerahan Kunci


Pemotongan kek sempena 4 tahun penubuhan SRS





Sunday, April 29, 2012


PROGRAM JIRAN MUDA

KRT Taman Mahsuri melalui Jiran Muda dan Biro Kebajikan telah menjalankan satu program amal bakti di Kampong Padang Teja Mukim Pelubang, Jitra baru-baru ini. Program ini diadakan untuk mempamerkan keadaan positif golongan belia yang selama ini sering dikaitan dengan gejala negatif. Selain aktiviti membersih kawasan rumah En. Md. Saad b. Md.Isa salah seorang penduduk Kampong Padang Teja KRT Taman Mahsuri juga memberi sumbangan wang tunai yang berjaya dipungut selain sumbangan wang zakat daripada penduduk Taman Mahsuri. Dalam program ini juga turut diberi merupakan kelengkapan rumah antaranya TV, Kipas angin, Tikar, Tilam dan Pinggan Mangkuk.

Pengerusi Jiran Muda Muhd.Nabil Fikri bin Sollehuddin amat gembira kerana program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam membantu masyarakat yang hidup dalam sebar kekurangan.

Ketibaan Pengerusi KRT Taman Mahsuri dan ahli ke rumah En.Md Saad di Padang Teja
En.Md.Saad


Para remaja menyusun atur didalam rumah




Pengerusi KRT Taman Mahsuri En.Ahmad Shaker di teruramah oleh pemberita


Kipas angin dipasang untuk disumbangkan

kawasan sekitar rumah dibersihkan

Tikar baru menggantikan yang lama




pembersihan kawasan belakang rumah En.Md.Saad



GOTONG ROYONG MEMBERSIH KAWASAN PUSAT KAWALAN SRS







berat sama dipikul ringan sama dijinjing






Jumaat 31 Mac, 2012 jam 8.30 pagi program Gotong Royong membersih Kawasan Pusat Kawalan SRS telah diadakan oleh ahli KRT Taman Mahsuri. Kabin Pusat Kawalan SRS ini telah disiap dibina dan akan diserahkan kunci pada 31 Mac, 2012 dalam Majlis Anugerah Perpaduan Peringkat Negeri Kedah oleh Ketua Pengarah JPNIN Dato' Azman Amin bin Hassan. Terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa sama-sama membersihkan kawasan Kabin Pusat Kawalan SRS.
 
Thursday, March 29, 2012

KARNIVAL CARA HIDUP SIHAT DAN CERGAS

Pada 24 Mac, 2012 (Sabtu) bertempat di Dataran Darulaman, Bandar Darulaman Jitra telah berlangsung Karnival Cara Hidup Sihat dan Cergas anjuran KRT Taman Mahsuri dengan sokongan Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu. Sambutan masyarakat sekitar diluar jangkaan dengan kehadiran lebih 3000 pengunjung sepanjang program berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 6.30 petang. Timbalan Menteri Kesihatran YB Datuk Rosnah bt. Hj.Abdul Rashid Shirlin telah merasmikan Karnival tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Karnival : -
- Senamrobik.
-Walkabout 10000 Langkah
- Ceramah Kesihatan
- Pemeriksaan Kesihatan
- Pertandingan Menurun Berat Badan
- Pertandingan Mewarna
- Pertunjukkan Bina Badan dan Angkat Berat
- Derma Darah
- Demo Masakan Sihat
- Pertandingan Basikal Fixie
- Pertandingan Kayuhan Basikal Kanak-kanak
- Pertandingan Orang Kuat Kedah Tarik Kereta 4x4
- Pertandingan Bench Press
- Sukanneka
- Pameran Agensi Kerajaan
- Cabutan Bertuah
Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
Karnival Cara Hidup Sihat dan Cergas.
senamrobik

pendaftaran peserta Junior Walkabout10000 langkah.

peserta dari IPG Kampus Darulaman.

Ketibaan YB. Datuk Rosnah bt. Hj.Abdul Rashid Shirlin


ucapan aluan Encik Zainon Bakar Timbalan Pengeusi KRT Taman Mahsuri

urusetia karnival

pendaftaran Walkabout 10000 langkah

ucapan perasmian oleh YB Datuk Rosnah bt. Hj.Abdul Rashid Shirlin
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

YB.Datuk Rosnah memotong reben sebagai simbolik perasmian program


cenderahati untuk YB. Datuk


pelancaran air minerral 'Fitness Cool.'

pertunjukan bina badan oleh bekas juara bina badan asia.

memang sihat dan cergas


YB. Datuk Rosnah melepaskan peserta Walkabout 10000 Langkah.

pemeriksaan kesihatan

sidang akhbar

pertandingan mewarna kanak-kanak tadika

peserta walkabout 10000 langkah hampir sampai digarisan penamat

pertandingan orang kuat kedah

kanak-kanak tadika tekun menghabiskan mewarna.

pertunjukan merarik kereta oleh bekas juara bina badan Asia.

peserta wanita pun boleeeh!!

bersiap sedia untuk dimulakan pertandingan kayuhan basikal.

Demo masakan sihat

kayuh adik kayuh

Derma Darah..... menjadi tanggongjawab yang sihat membantu.

Pameran Jabatan Penjara


kuat juga...

lagi kuat dengan penumpang sekali
pertandingan bench press



sukaneka --gula-gula misteri

sukaneka - belon gila

sukaneka R&R .. pekena kopi pahit & panas.

Tok Wan .. panas sangat kaa

sukaneka .. boling kelapa

gerai Firdaus Fitness and Gym


gerai e Idaman
Encik Ismail bin Zakaria Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu
menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.






Encik Zulfitri Yaacob Setiusaha Sulit kepada Dato Wira Mohd.Johari b. Baharom
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.



Pemenang bertuah teka biji betik - dengan hadiah sebuah basikal fixie

















Pada 19hb Mac 2011 telah diadakan Bengkel Kesedaran Kendiri dalam menghadapi peperiksaan Upsr & PMR anjuran Biro Pendidikan telah diadakan di Hotel Darulaman, Bandar Darulaman.
Penyertaan dari kalangan penduduk Taman Mahsuri juga menarik minat dari penduduk di luar Taman Mahsuri turut menyertai. Bilangan sangat menggalakkan iaitu seramai 89 orang, telah mencapai sasaran kami.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh setiausaha sulit Timbalan Menteri Industri & Asas tani, Encik Zulfitri Yaacob. Penceramah jemputan ialah Tuan Haji Sabarani Ghazali iaitu Pensyarah Kolej Undang-Undang kerajaan & Perniagaan Antarabangsa.
Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang Bengkel ini diadakan adalah ceramah,aktiviti berkumpulan dan pembentangan oleh peserta.


Berikut adalah gambar sepanjang bengkel berlangsung :



Pada 12 Mac 2011, Jiran Usia Emas telah menziarahi seorang warga emas yang memerlukan bantuan, ini adalah kerana kakinya telah patah akibat jatuh. Beliau adalah Puan Zainab Daud .Pihak jiran Usia Emas telah mendermakan berupa sumbangan sejumlah wang untuk beliau.Tidak lupa juga pihak JUE juga telah memberi sumbangan berupa bekalan makanan seperti beras, gula, minyak masak untuk kegunaan seharian beliau. Di harap usaha JUE dapat diikuti oleh semua lapisan usia kerana dalam memberi pertolongan ini perlu dipupuk dari semua lapisan umur.



PROGRAM DEMONSTRASI MASAKAN INDIA (TOSAY & VADAI)


Jiran Emas telah menganjurkan Program Demontrasi Masakan India iaitu Tosay dan Vadai. Selain dari memberi pengetahuan mengenai masakan kaum lain, program ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara penduduk di Tmn Mahsuri sekaligus dapat berkongsi minat.Ia juga menyahut seruan PM dalam slogannya iaitu 1 Malaysia.

Antara yang hadir :


 Pengerusi KRT sedang mencuba memasak...

Aktiviti yang berlangsung :






PROGRAM JOM SIHAT DENGAN BERBASIKAL


Jiran Emas bersama Biro Kebajikan telah menganjurkan Program Jom Sihat dengan berbasikal.Ini menggalakkan pelbagai golongan untuk menyertainya.Dengan keadaan yang santai, para peserta dapat menikmati udara pagi yang segar sambil menyihatkan diri dengan aktiviti berbasikal seperti ini.Untuk makluman,aktiviti ini sering dilakukan samada dalam kelompok yang ramai atau sedikit,yang pastinya aktiviti ini sentiasa berjalan.





Para peserta

PERARAKAN MAULIDUR RASUL


Sempena keputeraan Nabi Muhammad s.a.w,Rasulullah junjungan kita,pihak induk KRT Tmn Mahsuri tidak ketinggalan untuk menyertai perarakan yang telah dilakukan juga sebelum ini.Kali ini penyertaan sangat menggalakkan.Terdiri dari penduduk Tmn Mahsuri,pelajar-pelajar dari Kolej Komuniti,Polimas,Tunku Anum.Paling membanggakan apabila mereka yang bukan beragama Islam juga turut sama berarak bersama kami.Antaranya mereka yang dari kaum India,Siam dan Cina.Ini membuktikan kerukunan penduduk di Tmn Mahsuri tidak terbatas pada sesuatu kaum sahaja.Ia juga menyahut seruan Perdana Menteri kita dalam merealisasikan slogan 1 Malaysia.

MAJLIS BACAAN YASSIN


Jiran Wanita telah menganjurkan bacaan Yassin di Taska Tmn Mahsuri Fasa 2C bersama kaum wanita di Tmn Mahsuri.Sebelum ini pun aktiviti seperti ini memang menjadi kebiasaan masyarakat Islam di sini dengan membaca yassin dari rumah ke rumah,jadi Jiran Wanita telah mengambil iniasitif dengan menjadikan aktiviti seperti ini sebagai kewajipan yang termaktub dalam aktiviti.

Antara mereka yang turut serta :


MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH FUTSAL TMN MAHSURI


Biro sukan bersama Jiran Muda telah menganjurkan perlawanan futsal terbuka Kubang Pasu yang bertempat di padang futsal di Tmn Mahsuri. Penyertaan sangat menggalakkan bukan sahaja dari penduduk Tmn Mahsuri malah dari orang luar. En.Shaker selaku pengerusi KRT Tmn Mahsuri berbesar hati hadir ke majlis untuk menyerahkan piala kemenangan.

Dari kiri : En. Shaker Pengerusi KRT bersama En.Zainon Naib Pengerusi KRT Tmn Mahsuri


Antara yang hadir :



BERCUTI BERSAMA AJK KRT TMN MAHSURI

Induk KRT bersama AJK KRT Tmn Mahsuri telah mengadakan lawatan sambil bercuti.
Antara aktiviti yang berlangsung :












No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..