Showing posts with label Skim Rondaan Sukarela. Show all posts
Showing posts with label Skim Rondaan Sukarela. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

Pertandingan Bowling

Pada 07 Julai 2012 telah diadakan Pertandingan Bowling anjuran KRT Taman Mahsuri bersama SRS Taman Mahsuri pada 8.30 malam bertempat di Aneka Mall.

Pertandingan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan merangkumi penduduk Taman Mahsuri dari kalangan golongan dewasa hinggalah remaja.

Terima kasih kepada pengerusi KRT Taman Mahsuri kerana sudi menaja hadiah-hadiah buat peserta Pertandingan Bowling kali ini. Moga selepas ini akan diadakan lagi pusingan kedua bagi pertandingan bowling atau pertandingan yang lain,untuk menambahkan lagi aktiviti KRT & mengeratkan lagi silaturrahim antara penduduk di Taman Mahsuri.

Seramai 22 kumpulan telah menyertai pertandingan ini. Setiap kumpulan mempunyai 3 orang peserta di mana mewajibkan ada peserta wanita walaupun seorang. 

Pertandingan ini diserikan lagi dengan kehadiran pelakon yang berketurunan dari Australia yang telah lama menetap di Malaysia..Beliau juga fasih bertutur dalam bahasa melayu. Beliau adalah Jufri Rayyan bin Williams.


Beliau telah memeluk Islam sejak tahun lepas.Antara drama yang pernah beliau terlibat adalah Habil dan Qabil, Cikgu Kemisah Kirby, Jangan Bunuh Matahariku, Jodoh Oh Jodoh, Durja Ningsun, Ar Rayyandan Lilin Cinta.Kepada mereka yang masih keliru siapakah beliau. Di bawah ini saya sertakan salah satu lakonan beliau.Cite nie Cikgu Kemisah Kirby..disiarkan tahun 2010...:) saya letak cerita ini adalah kerana video ini banyak kelibat beliau..:)


Beliau dijemput untuk memberi hadiah kepada pemenang saguhati. Disertakan gambar-gambar sekitar pertandingan bowling itu berlansung. Maaf jika gambar tidak mengikut susunan & kualiti tidak baik..Ini adalah berkemungkinan berikutan masalah teknikal blog.






















Moga selepas ini diadakan lagi aktiviti seperti ini.Selain dari bersukan, ia boleh memberi keyakinan kepada kita kerana mungkin sebelum ini kita tidak mahu terlibat dalam aktiviti seperti ini adalah kerana malu ditertawakan, sedangkan ia amat membantu kita dalam meyakinkan diri kita.

Friday, May 18, 2012

TUGAS ANGGOTA SRS WANITA PADA HARI JUMAAT

Pada hari Jumaat anggota SRS Wanita KRT Taman Mahsuri ditugaskan  membuat rondaan disekitar kawasan masjid terutama semasa kaum Muslimin mendirikan solah Jumaat.  Rondaan ini dilakukan dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Masjid Al Muttaqqin dan Balai Polis Komuniti Bandar Baru Darulaman.Tujuannya untuk membendung kegiatan mencuri motosikal dan barang-barang berharga Jemaah masjid ketika mendirikan solat Jumaat. 

Baru-baru ini Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah -Tunku Temenggong Kedah (Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah) telah berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Mutaqqin dan kami anggota SRS wanita sangat bertuah kerana dapat berkhidmat  mengawal keselamatan pada hari tersebut.


Alhamdulillah, sejak rondaan dijalankan oleh anggota SRS Wanita kejadian mencuri motosikal telah dapat dikawal . Moga khidmat murni SRS Wanita ini diberkati Allah SWT.

Mr Chamnat a/l  Iprat anggota SRS bertugas pada hari keberangkatan Tuanku

 Petugas SRS wanita bersama salah seorang anggota polis keturunan Cina dari Balai Polis Komuniti Bandar Baru Darulaman.

Antara petugas SRS Wanita yang bertugas pada hari tersebut.

Sekatan Jalanraya bersama Polis Komuniti

Pada 18 Mei 2012 jam 12.30 pagi telah diadakan sekatan jalanraya bersama pihak Polis Komuniti Bandar Darulaman. Seramai 20 orang petugas SRS telah turun bertugas dan seramai 8 orang Polis telah turun bersama pihak SRS membuat sekatan jalanraya.

Sekatan jalanraya berlangsung sehingga jam 2 pagi..Sekatan jalanraya ini berlangsung dengan jayanya. Pihak kami dapat menahan pengguna motosikal yang tidak memakai topi keledar, pengguna kereta yang sudah tamat lesen memandu dan roadtax.

Kami berharap dapat bekerjasama dengan mereka lagi selepas ini.

Harap maaf..gambar tidak berapa jelas..hanya guna kamera telefon..









Sunday, May 6, 2012

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI PUSAT KAWALAN SRS

Majlis penyerahan kunci Pusat Kawalan SRS Taman Mahsuri telah diadakan pada 4 Mei, 2012 jam 9.00 malam dan telah disempurnakan oleh Encik Ismail bin Zakaria Pegawai Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Kubang Pasu. Turut hadir dalam majlis tersebut Sarjan Zulkifli Ketua Balai Polis Komuniti Bandar Baru Darulaman dan Tuan Haji Yusoff bin Ariffin Pengerusi IBS Bandar Baru Darulaman. Majlis ringkas tapi penuh bermakna ini diakhiri dengan jamuan kepada tetamu yang hadir.


Ucapan Pengerusi KRT Taman Mahsuri Encik Ahmad Shaker bin Ahmad

Ucapan En.Ismail bin Zakaria
Pegawai Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Kubang Pasu


upacara perasmian Pusat Kawalan SRS 

Menandatangani Dokumen Penyerahan Kunci


Pemotongan kek sempena 4 tahun penubuhan SRS




Sunday, April 1, 2012

GOTONG ROYONG MEMBERSIH KAWASAN PUSAT KAWALAN SRS







berat sama dipikul ringan sama dijinjing






Jumaat 31 Mac, 2012 jam 8.30 pagi program Gotong Royong membersih Kawasan Pusat Kawalan SRS telah diadakan oleh ahli KRT Taman Mahsuri.  Kabin Pusat Kawalan SRS  ini telah disiap dibina dan akan diserahkan kunci pada 31 Mac, 2012 dalam Majlis Anugerah Perpaduan Peringkat  Negeri Kedah oleh Ketua Pengarah JPNIN Dato' Azman Amin bin Hassan. Terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa sama-sama membersihkan kawasan Kabin Pusat Kawalan SRS.

Thursday, October 27, 2011

MAJLIS PELANCARAN SKUAD SRS WANITA

KRT Taman Mahsuri telah mempelopori penubuhan skuad SRS Wanita dan majlis pelancaran telah berlangsung pada 26 Oktober 2011 jam 9.30 malam di perkarangan Tadika Perpaduan Taman Mahsuri.
YB. Dato  Hj.Saad bin Man ADUN Jitra telah merasmikan pelancaran skuad SRS Wanita yang turut dihadiri bersama En Ismail bin Zakaria Pegawai Perpaduan dan Intergarsi Nasional Daerah Kubang Pasu.
Seramai  20 orang sukarelawati telah menawarkan diri yang merupakan kumpulan perintis penubuhan skuad ini . Tahniah ! dan Selamat Bertugas.
                                
ucapan daripada En/ Ismail bin Zakaria...............tahniah dan selamat bertugas
YB menandatangan Buku Pelawat
skuad wanita sedang meronda