Showing posts with label Biro Sukan. Show all posts
Showing posts with label Biro Sukan. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

EXPLORE RACE PERPADUAN

Jiran Muda dengan kerjasama Biro Sukan KRT Taman Mahsuri telah berjaya menganjurkan Explorace Perpaduan pada 15 Oktober, 2011 jam 8.00 pagi yang telah diadakan disekitar Taman Mahsuri Fasa 2A dan 2C.  Seramai 24 pasukan telah mengambil bahagian. Inilah julung kali KRT Taman Mahsuri menganjurkannya dan sambutan daripada para belia amat menggalakkan.  Tujuan program ini diadakan adalah untuk membuka minda para remaja tentang sejarah dan isu-isu semasa disamping dapat berkenalan antara peserta serta mengukuhkan perpaduan.. Pelepasan para peserta telah dillakukan oleh En.Ismail bin Zakaria Pegawai Perpaduan dan Intergrasi Nasional Daerah Kubang Pasu.  Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada jam 9.00 malam. Berdasarkan tinjauan yang dibuat para peserta telah memberi respon yang baik dan  menyeronokkan walaupun penat dan jika boleh program ini dijadikan acara tahunan.
pendaftaran peserta......
ucapan oleh En.Ismail b. Zakaria
para peserta diberi taklimat sebelum pertandingan dimulakan.
bersiapsedia untuk dilepaskan...
pertandingan bermula....................kira bagi betuiii..



majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.

Monday, May 23, 2011

Pertandingan Futsal Veteren

Biro Sukan telah mengadakan Pertandingan Futsal Veteren antara KRT di Kubang Pasu ini. Penyertaan adalah sangat menggalakkan.Berikut adalah gambar sekitar pertandingan itu berlangsung.
Peringkat Final telah menemukan Pasukan Taman Tunku Maheran dan Pasukan KCF FC..di mana keesokkan harinya mereka bertemu.
Pertandingan ini telah berlangsung hingga lewat malam kira-kira jam 12 tengah malam.






Antara penyokong & pemain yang hadir..

Thursday, March 31, 2011

MESYUARAT KARNIVAL SUKANEKA PERPADUAN ZON KUBANG PASU SELATAN

Mesyuarat telah diadakan pada 31 Mac 2011 di Dewan Taman Mahsuri Fasa 2A dan telah dihadiri wakil-wakil daripada KRT Zon Kubang Pasu Selatan . En. Ismail bin Zakaria Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu juga turut hadirbersama.


Tujuan mesyuarat ini adalah membicangkan mengenai Program Sukaneka yang akan di adakan pada 23 April 2011. Program ini akan menggabungkan 8 KRT di kawasan Kubang Pasu Selatan . Antara KRT yang terlibat adalah :
  • Kawasan Rukun Tetangga Taman Siswa 2
  • Kawasan Rukun Tetangga Taman Setia Jaya
  • Kawasan Rukun Tetangga Taman Mahsuri
  • Kawasan Rukun Tetangga Taman Tunku Maheran
  • Kawasan Rukun Tetangga Taman Melur
  • Kawasan Rukun Tetangga Taman Susana Permai
  • Kawasan Rukun Tetangga Taman Tabung Haji
  • Kawasan Rukun Tetangga Kg. Hilir
Kawasan Rukun Tetangga Taman Tunku Maheran menjadi tuan rumah untuk program ini. Antara perkara yang berbangkit adalah :
  • Aturcara majlis
  • Acara sukaneka
  • Wakil KRT untuk acara sukaneka
  • Keperluan yang diperlukan
  • Budget
  • Lain-Lain
En. Ismail selaku pegawai di Jabatan Perpaduan melihat perkembangan blog KRT Tmn Mahsuri

Antara yang hadir :




Pengerusi KRT Taman Mahsuri, En. Ahmad Shaker bin Ahmad berharap program ini dapat berlangsung dengan jayanya dan berharap selepas ini akan ada banyak lagi program bersama yang melibatkan lebih banyak lagi KRT untuk bergabung dalam menjayakan program untuk masyarakat setempat.

Tuesday, February 22, 2011

SENARAI AJK BIRO SUKAN


PENGERUSI
EN. MAHADZI BIN MOHAMAD ISA

TIMBALAN PENGERUSI
EN. ROMALI BIN IBRAHIM


SETIAUSAHA
EN. AHMAD BIN MAHMUD


AHLI JAWATANKUASA

                                                         EN. MUHD BIN HJ. HASSAN

EN. MUHD. YUSRI BIN ABD.LATIFF
                                                  EN. MOKTHAR BIN ABD.RAHMAN
                                                         EN. REDZUAN BIN NORDIN
                                                 EN.MARIAPAN A/L SUBRAMANIAM
                                                 EN. CHIAH SUPHON A/L NAT SWAT
                                                  EN. ABD.AZIZ BIN ABD.RAHMAN
                                                          EN. HARUN BIN HAMID
                                                              EN. OMAR BIN MAT