Saturday, January 18, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H

Alhamdulillah Majlis Sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW telah diadakan dengan jayanya pada 14 Januari, 2014 bertempat di perkarangan Surau Ann Nur, Taman Mahsuri Fasa 2A .  Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.  Kemudian perarakan sejauh 1.5 km dimulakan yang disertai oleh penduduk-penduduk Taman Mahsuri, Pelajar-pelajar MRSM Kubang Pasu, Guru-Guru Pelatih IPG Kampus Darulaman, serta murid-murid Sekolah Menengah yang berdekatan.

Sambutan pada tahun ini masih mengekalkan tema yang sama iaitu ' Wassatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' . Oleh yang demikian umat Islam digalakkan untuk bersederhana dalam aspek kehidupan.  Semoga kita sama-sama dapat mencontohi pendekatan kesederhanaan dan seimbang yang dipelopori oleh Nabi Muhammad SAW yang menjadikan pendudukan Madinah contoh terbaik .

Majlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Al Fadzil Ustaz Altantowi bin Yusoff ( PU Towi) peserta Pencetus Ummah dan diakhiri dengan  Jamuan untuk semua hadirin.

Semoga dengan program ini dapat membangkitkan rasa cinta kepada Rasullullah SAW dan merapatkan lagi saliturrahim dikalangan penduduk Taman Mahsuri. Insyaallah.
Pendaftran kontijen perarakan

sarapan pagi disediakan untuk peserta perarakan.


peserta-peserta perarakan menunggu dimulakan.


urusetia


Kumpulan Kompang KRT Taman Mahsuri mengetuai perarakan.

berbagai lapisan masyarakat menyertai perarakan.

Pengerusi KRT bersama Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu turut serta dalam perarakan.

Tuan Hj.Razif mengetuai kumpulan Selawat



peserta bukan Islam turut serta berarak.

warga emas pun turut berarak.

Kontinjen MRSM Kubang Pasu.





Taman Mahsuri berselawat.

Ceramah oleh  PU Thowi

Jamuan untuk semua.

Tuesday, December 24, 2013

PROGRAM JOM MEMANCING.

Pada 23 Disember, 2013 bertempat di Kolam Tadahan Taman Mahsuri KRT Taman Mahsuri telah menganjurkan Program Jom Memancing. Program bermula jam 8.30pagi hingga jam 9.00pagi untuk pendaftaran peserta. Seramai 107 orang telah mendaftar untuk mengambil bahagian.  Pertandingan Memancing ini dijalankan secara tertutup hanya warga Taman Mahsuri sahaja yang layak mengambil bahgian.Pertandingan Memancing bermula jam 9.30 pagi selama 2 jam dan berakhir jam 11.30 pagi. KRT Taman Mahsuri bercadang mengadakan program ini lagi pada tahun hadapan memandangkan sambutan amat menggalakkan dengan hadiah yang lebih lumayan. Kepada yang berjaya diucapkan tahniah dan kepada yang kurang bernasib baik cuba lagi dilain kali.

Pandangan Kolam yang menjadi medan Pertandingan memancing.

Pendaftaran peserta




Gimik perasmian Pertandinagn Memancing
Pengerusi KRT Encik Ahmad Shaker melepaskan ikan kedalam kolam.




Ikan dilepaskan dibahagian tengan kolam.


peserta muda


Peserta paling muda












Pemenang tempat ke 2 dengan ikan haruan yang dipancing

relax saja

Pemenang tempat pertama dengan ikan keli yang dipancing. 

Juri menimbang ikan untuk tentukan pemenang

jangan putus asa .....rezeki pasti ada

peserta memancing dengan pelbagai gaya masing-masing


menunggu dengan penuh kesabaran


Tangkapan disahkan oleh Marsyal sebelum ditimbang.

Terima kasih kpd Pegawai Bomba yang membantu mengawasi keselamatan peserta memancing.

sekitar suasana para peserta memancing.

Urusetia yang .....setia.

Hadiah-hadiah yang menanti para pemenang.

Pemenang saguhati tempat ke10

tempat ke 9

Tempat ke 8

Tempat ke 7

Tempat ke 6

Tempat ke 5

Tempat ke 4

Pemenang tempat ke 3 - Wang Tunai RM100.00

Pemenang tempat ke 2 - Wang Tunai RM150.00

Tahniah ......pemenang tempat pertama - Wang Tunai RM200.00

Pemenang Hadiah Misteri - Ikan yang terringan.