Thursday, May 26, 2011

GERAK GEMPUR PERDANA PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU

Program Gerak Gempur Perdana Daerah Kubang Pasu telah diadakan pada 26 Mei, 2011 dengan pengisian aktiviti gotong -royong dijalankan secara serentak disemua Tabika Perpaduan seluruh Daerah Kubang Pasu .
Upacara perasmian program Gerak Gempur Peringkat Daerah Kubang Pasu telah dilakukan  di Tabika Perpaduan Taman Mahsuri yang   telah disempurnakan oleh Encik Ismail bin Zakaria Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu.

Selepas upacara perasmian Encik Ismail bin Zakaria telah sudi menanam pokok kurma sebagai simbolik kepada permulaan kerja gotong-royong membersih kawasan Tabika dan mengecat pagar serta bangunan Tabika yang mana  turut dibantu oleh waris pelajar dan ahli KRT Taman Mahsuri.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program Gerak Gempur Perdana Peringkat Daerah Kubang Pasu.

No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..