Friday, May 6, 2011

HARI KELUARGA KRT TAMAN MAHSURI MERIAH !

Hari Keluarga KRT Taman Mahsuri telah diadakan pada 6 - 7 Mei, 2011. Lokasi Hari Keluarga kali ini ialah di Rumah Kedah, Pulau Pinang dengan bertemakan 'SATU SEMANGAT SATU TUJUAN'. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang Hari Keluarga berlangsung.Bermula disebelah pagi dengan poco-poco, sukaneka dan lain-lain acara yang bertujuan menjalin muhibbah, interaksi sosial, ramah mesra, kasih sayang dan semangat kerjasama  antara satu sama lain dilihat  dapat dipupuk dengan lebih berkesan lagi  Sambutan dari ahli keluarga amat menggalakan. Kemuncak acara ialah penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang acara sukaneka yang di sampaikan oleh Pengerusi KRT Taman Mahsuri Encik Ahmad Shaker bin Ahmad.

2 comments:

  1. Tahniah KRT Taman Mahsuri Cemerlang lagi! Kami faham KRT buat rombongan semua duit tanggung sendiri. kalau ada apa program bagitau kami nak join jugak.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi menjengah blog kami.Betul..Rombongan atau Hari Keluarga memang guna duit sendiri samada duit sponsor dari Pengerusi atau pun kutipan dari setiap ahli yang ingin turut serta.Tidak lah menggunakan duit dari Jabatan Perpaduan dengan sesuka hati.Boleh pihak kami tahu dari mana dan no.yang boleh dihubungi.Mudah untuk kami mengajak pihak anda jika kami ada membuat sebarang aktiviti.Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..