Monday, February 20, 2012

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Pada 18 Februari, 2012 bertempat di Rumah Komuniti Taman Mahsuri telah berlangsung Program Khidmat Masyarakat anjuran AADK Daerah Kubang Pasu dan pelajar PLK UUM serta disokong oleh KRT Taman Mahsuri. Aktiviti utama ialah  gotong-royong membersih kawasan Rumah Komuniti dan Surau Annur Taman Mahsuri dan acara sukaneka untuk kanak-kanak  dan dewasa . Komitmen masyarakat amat baik sekali. Program tamat jam 1.30 tengahari dengan jamuan makan tengahari.




sabar... jangan tarik lagi















acara sukaneka







Monday, February 6, 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H


Sambutan Maulidur Rasul kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut meriah diseluruh negara. Perarakan sambil bersalawat ke atas junjungan besar Nabai kita ini mengingatkan seluruh umat Islam bahawa tanggal 12 Rabiul Awwal tahun Gajah adalah tarikh bersejarah dengan lahirnya seorang penghulu segala Nabi.

Pada tahun ini KRT Taman Mahsuri telah menganjurkan Majlis Sambutan pada 5 Februari, 2012 di perkarangan Surau Annur Taman Mahsuri . Acara dimulakan dengan perarakan dengan jumlah penyertaan lebih kurang seramai 2000 orang terdiri daripada oleh penduduk Taman Mahsuri, penuntut-penuntut IPG Kampus Darulaman, POLIMAS, Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Badan Bukan Kerajaan , NGO,  pelajar-pelajar  Sekolah Menengah Sultan Abd.Halim Jitra dan SMK. Bandar Baru Darulaman dan persatuan-persatuan sukarela. Yang paling istimewa nya pada tahun ini ialah penyertaan dari masyarakat kaum China dan India dalam perarakan Maulidur Rasul selaras dengan tema pada tahun ini Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Setelah tamat perarakan para peserta  mengikuti pula ceramah yang telah disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Saruji Afandi bin Yahya dari Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Kedah.  Majlis sambuatan Maulidur Rasul SAW bermula jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi  dengan jamuan makan.



Pendaftaran kontinjen yang menyertai perarakan.















En.Ahmad Shaker b. Ahmad Pengerusi KRT Taman Mahsuri memberi ulasan mengenai
Sambuatn Maulidur Rasul kepada pemberita.

                 
Ceramah oleh Ustaz Saruji Afandi.













KURSUS SEHARI 1 PEMBANTU KECEMASAN 1 RUMAH

Suasana panik dan tertekan biasa terjadi apabila melihat ada seseorang tercedera atau dalam keadaan bahaya akibat sesuatu penyakit. Keadaan itu boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa. Kes mungkin berlaku di rumah di tempat kerja, di sekolah, di jalanraya dan sebagainya.
Justeru pengtahuan pertolongan cemas amat penting dipelajari oleh setiap orang. Paling tidak dalam setiap keluarga atau kumpulan salah seorang daripada mereka patut mempunyai  kemahiran asas dalam memberi pertolongan cemas. Atas kesedaran itu lah KRT Taman Mahsuri dengan kerjasama PBSM Cabang Kubang Pasu menganjurkan Kursus Sehari  1 Pembantu Kecemasan 1 Rumah pada 28 Januari, 2012 bertempat Di Dewan Taman Mahsuri Fasa 2A. Sambutan daripada masyarakat setempat amat menggalakkan dan seramai 48 peserta telah mendaftar diri untuk mengikuti kursus tersebut. Kursus tersenbut telah dirasmikan oleh Dato' Hj.Nasir bin Mustaffa Pengarah PBSM Negeri Kedah dan kursus dikendalikan oleh Fasilitator dari PBSM yang terdiri daripada En.Abu Bakar bin Othman, En. Mohd.Asri bin Zahari, En.Ismail bin Man, En.Kamree bin Yusoff.


ucapan perasmian oleh Dato' Hj.Nasir b. Mustaffa
Pengarah PBSM Negeri Kedah Darul Aman.

sebahgian daripada peserta kursus

Pendaftaran peserta Kursus.


Encik Mohd. Asri sedang memberi ceramahnya.