Sunday, May 1, 2011

Muat Turun Borang Penyertaan & Syarat Penyertaan Futsal Veteren

Borang Penyertaan Futsal Veteran Antara KRT
Anjuran KRT Tmn. Mahsuri.


YURAN PENYERTAAN
RM 50.00
NAMA PASUKAN (KRT)

NAMA PENGURUS

NO. TEL. PENGURUS

NAMA JURULATIH

NO. TEL. JURULATIH



NO

NAMA PEMAIN
NO. K/P
UMUR
NO JERSEY
NO. TELEFON
1





2





3





4





5





6





7





8





9





10






Pengakuan :

Kami berjanji akan mematuhi segala peraturan,undang-undang dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam pertandingan ini.

Kami juga membenarkan sebarang perubahan syarat pertandingan bersesuaian dengan masa dan keadaan.

Kami juga mengaku bahawa sebarang kehilangan harta benda,kecederaan,kemalangan atau kematian keatas
kami (nama seperti diatas) sebelum, semasa, dan selepas program ini adalah dibawah tanggungjawab kami sendiri dan tidak akan menuntut apa-apa daripada pihak penganjur.

Saya mengaku perkara dan maklumat diatas adalah benar.

Tandatangan Pengurus                                                                      TARIKH:

Untuk penyerahan dan pertanyaan sila hubungi :
En.Abd Aziz Bin Abdul Rahman (Paksu)-017-4847797 atau En.Romali - 012-5576207



Kejohanan Futsal Veteren Antara KRT , Gelanggang Futsal 1 Malaysia KRT Taman Mahsuri , Jitra.

1.   Peraturan Umum

Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang Futsal oleh FIFA serta diterima pakai oleh FAM.

2.   Peraturan Tambahan

Jawatankuasa Penganjur berhak meminda/membuat peraturan tambahan selaras dengan matlamat pengajuran aktiviti ini.

3.      Kelayakan Pemain

Setiap pasukan boleh mendaftar pemain yang berumur 30 tahun keatas . Walau bagaimana pun setiap pasukan hanya dibenarkan 2 orang pemain sahaja yang berumur 30 hingga 39tahun pada sesuatu masa permainan. Dan selebihnya seramai 3 orang lagi pemain yang berumur 40 tahun keatas.
Pengiraan umur diambil-kira  hanya pada tahun kelahiran seseorang pemain.

4.      Pendaftaran Pasukan

4.1Yuran komitmen hendaklah dibayar secara tunai kepada penganjur KRT Taman Mahsuri     sebelum/pada tarikh tutup penyertaan.

4.2 Pendaftaran pasukan mestilah menggunakan borang yang disediakan oleh jawatan kuasa      penganjur dan hanya pemain berdaftar sahaja yang dibenarkan mengambil bahagian.

4.3 Seorang pemain hanya boleh berdaftar dalam satu pasukan sahaja.Jika terdapat seorang yang pasukannya telah menang/kalah dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain , maka penyertaan kedua-dua pasukan tersebut akan dibatalkan. 

4.4 Untuk memulakan permainan , minimun pemain untuk satu pasukan ialah lima (5) orang.Sekiranya berlaku keadaan dimana pemain diarah keluar padang, salah satu pasukan yang pemainnya kurang dari tiga (3) orang maka permainan akan dibatalkan dan pasukan yang mempunyai cukup pemain akan dikira menang.

4.5 Pertukaran Terbang – tiada had semasa perlawanan dan tiada had bilangan gantian.Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai penganti kepada pemain lain.

4.7 Pengurus Pasukan dibenarkan didaftar sebagai pemain.

3.      Perjalanan Perlawanan

                        Perlawanan dijalankan secara liga dan kalah mati.
                        Keputusan pasukan yang memasuki Peringkat Suku Akhir akan ditentukan melalui :
                        Jumlah mata kemenangan yang diperolehi oleh pasukan.
                        Perbezaan jumlah jaringan(Jumlah jaringan ditolak dengan jumlah bolos).
                        Jumlah jaringan gol yang diperolehi.
                        Mengambil kira pertemuan antara kedua-dua pasukan.
                        Jumlah bolos yang diperolehi.
                        Lambungan duit syling sebanyak 3 kali dilakukan.

Sistem pemberian mata :
5.3.1 Menang        3 mata
5.3.2 Seri                mata.
5.3.4 Kalah            0 mata

4.      Tindakan Tata-Tertib.

                        Sekiranya terdapat pemain yang didapati mengasari/menyerang pengadil atau pemain lain,  tindakan keluar padang dan digantung perlawanan akan dikenakan sepanjang tempoh kejohanan ini.Pemain tersebut akan dihadapkan ke jawatan kuasa tata-tertib untuk tindakan yang sewajarnya dan juga sekiranya perlu akan dirujuk kepada pengelola pertandingan untuk tindakan selanjutnya.

                        Sekiranya terdapat pengurus, jurulatih atau pemain yang melakukan kesalahan diluar padang semasa kejohanan/perlawanan berlansung, ia juga dianggap sebagai melakukan kesalahan di dalam padang.

      7. Penentuan Kemenangan

Bagi perlawanan secara kalah mati, sekiranya berlaku berkesudahan dengan seri, maka kemenangan akan ditentukan melalui tiga (3) tendangan pelnati. Jika masih lagi seri tendangan pelnati dijalankan sehingga ada keputusan.

       8. Tempoh Dan Tempat Kejohanan

8.1 Kejohanan akan berlansung pada 21/05/2011 di Gelanggang Futsal 1 Malaysia  KRT Taman Mahsuri.

8.2 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh Jwatan kuasa penganjur.

8.3 Semua pasukan mestilah berada di gelanggang 10 minit atau lebih sebelu perlawanan bermula berdasarkan jadual perlawanan (waktu dijadual perlawanan hanyalah sebagai panduan sahaja,peserta dinasihatkan untuk berada di gelanggang lebih awal bagi mengelak pasukan anda diberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan ).

8.4 Pasukan yang gagal hadir di gelanggang pada masa yang ditetapkan akan diberi masa tangguhan selama lima (5) minit sahaja. Sekiranya terdapat pasukan yang belum hadir maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan / pasukan yang hadir dengan kiraan jaringan 3-0.


         9. Penangguhan Perlawanan

            Jawatan kuasa pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang ditangguhkan oleh pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas faktor-faktor keselamatan atau sebab-sebab yang tidak dapat dielakan.

       10. Peralatan Dan Pakaian Pemain

            10.1 Pemain tidak dibenarkan memakai apa-apa yang berbahaya kepada pemain lain.
           
            10.2 Pemain mesti memakai pakaian sukan Futsal yang lengkap.

            10.3 Pakaian seluar pendek berbunga, jean, seluar mandi, short pent atau seumpamanya TIDAK di benarkan sama sekali. Mana-mana pemain yang gagal untuk menyediakan pakaian yang sesuai TIDAK dibenarkan untuk bermain.

11. Bantahan

      11.1 Sebarang bantahan secara lisan tidak akan dilayan.Bantahan perlu dibuat secara bertulis Kepada Urusetia Kejohanan dalam tempoh 30 minit dan disertai dengan bayaran RM 100.00 (Bayaran akan dikembalikan jika bantahan tersebut BERJAYA).

      11.2 Bantahan tidak boleh dibuat atas keputusan perkara-perkara fakta yang dibuat oleh Pengadil di Padang.

      11.3 Sebarang keputusan yang di buat dari keputusan Jawatankuasa Bantahan Dan Tatatertib adalah MUKTAMAD.

      11.4 Peraturan-peraturan lain yang tidak terkandung akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan ianya adalah MUKTAMAD.

12. Penganjur berhak meminda peraturan danundang-undang kejohanan dari masa ke semasa.

HADIAH :

  JOHAN                              RM 500
   NAIB JOHAN                   RM  300
  KETIGA                            RM 200


   


No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..