Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Friday, May 6, 2011

HARI KELUARGA KRT TAMAN MAHSURI MERIAH !

Hari Keluarga KRT Taman Mahsuri telah diadakan pada 6 - 7 Mei, 2011. Lokasi Hari Keluarga kali ini ialah di Rumah Kedah, Pulau Pinang dengan bertemakan 'SATU SEMANGAT SATU TUJUAN'. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang Hari Keluarga berlangsung.Bermula disebelah pagi dengan poco-poco, sukaneka dan lain-lain acara yang bertujuan menjalin muhibbah, interaksi sosial, ramah mesra, kasih sayang dan semangat kerjasama  antara satu sama lain dilihat  dapat dipupuk dengan lebih berkesan lagi  Sambutan dari ahli keluarga amat menggalakan. Kemuncak acara ialah penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang acara sukaneka yang di sampaikan oleh Pengerusi KRT Taman Mahsuri Encik Ahmad Shaker bin Ahmad.

Sunday, April 10, 2011

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA

Program Gotong Royong Perdana telah dilaksanakan pada hari Sabtu 26 Mac, 2011dan upacara perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YB. Dato,Wira Mohd.Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu .Turut hadir ialah Encik Ismail bin Zakaria Pegawai Perpaduan dan Intergrasi Nasional Daerah Kubang Pasu.

Progran Gotong Royong Perdana telah melibatkan pelbagai agensi kerajaan /NGO dan pihak swasta yang dianggarkan seramai 600 orang. Antara yang turut serta menjayakan Gotong Royong Perdana:

1. Majlis Daerah Kubang Pasu
2. IPG Kampus Darulaman
3. Kolej Komuniti Bandar Darulaman
4. UiTM Merbok
5. AADK
6. Kolej Pertanian Kubang Pasu
7. Pasukan Bomba Sukarela  Pekan Tunjang
8. Hospital Jitra
9. Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu
10. Enviroment Idaman Sdn.Bhd
11.UUM
12.Giat Mara Jitra
13.ILP Jitra    dan.........
14. Semua penduduk Taman Mahsuri
Aktiviti lain yang dijalankan sempena Gotong Royong ialah Pemeriksaan Kesihatan yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Kempen Derma Darah oleh Tabung Darah Hospital Jitra pula berjaya memperolehi 29 orang penderma darah.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis diatas. Terimakasih.


Saturday, March 19, 2011

Bengkel Kesedaran Kendiri dalam menghadapi peperiksaan UPSR & PMR

Pada 19hb Mac 2011 telah diadakan Bengkel Kesedaran Kendiri dalam menghadapi peperiksaan Upsr & PMR anjuran Biro Pendidikan telah diadakan di Hotel Darulaman, Bandar Darulaman.
Penyertaan dari kalangan penduduk Taman Mahsuri juga menarik minat dari penduduk di luar Taman Mahsuri turut menyertai. Bilangan sangat menggalakkan iaitu seramai 89 orang, telah mencapai sasaran kami.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh setiausaha sulit Timbalan Menteri Industri & Asas tani, Encik Zulfitri Yaacob. Penceramah jemputan ialah Tuan Haji Sabarani Ghazali iaitu Pensyarah Kolej Undang-Undang kerajaan & Perniagaan Antarabangsa.
Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang Bengkel ini diadakan adalah ceramah,aktiviti berkumpulan dan pembentangan oleh peserta.


Berikut adalah gambar sepanjang bengkel berlangsung :




Monday, February 28, 2011

PROGRAM DEMONSTRASI MASAKAN INDIA (TOSAY & VADAI)

Jiran Emas telah menganjurkan Program Demontrasi Masakan India iaitu Tosay dan Vadai. Selain dari memberi pengetahuan mengenai masakan kaum lain, program ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara penduduk di Tmn Mahsuri sekaligus dapat berkongsi minat.Ia juga menyahut seruan PM dalam slogannya iaitu 1 Malaysia.


Antara yang hadir :


 Pengerusi KRT sedang mencuba memasak...

Aktiviti yang berlangsung :



Majlis Bacaan Yassin

Jiran Wanita telah menganjurkan bacaan Yassin di Taska Tmn Mahsuri Fasa 2C bersama kaum wanita di Tmn Mahsuri.Sebelum ini pun aktiviti seperti ini memang menjadi kebiasaan masyarakat Islam di sini dengan membaca yassin dari rumah ke rumah,jadi Jiran Wanita telah mengambil iniasitif dengan menjadikan aktiviti seperti ini sebagai kewajipan yang termaktub dalam aktiviti.

Antara mereka yang turut serta :

Saturday, February 26, 2011

BERCUTI BERSAMA AJK KRT TMN MAHSURI

Induk KRT bersama AJK KRT Tmn Mahsuri telah mengadakan lawatan sambil bercuti.
Antara aktiviti yang berlangsung :