Saturday, April 23, 2011

Mesyuarat Khas Rukun Tetangga Taman Mahsuri

Bertempat di Restoren Naga telah diadakan Mesyuarat Khas disamping merapatkan silaturrahim antara ahli KRT sambil menjamu selera. Antara agenda yang dibincangkan adalah berkenaan :
  1. Hari Keluarga KRT di Rumah Kedah,Padang Kota Lama di Pulau Pinang pada 6hb Mei 2011 hingga 7hb Mei 2011.
  2. Konvoi ke Bendangman pada 21hb Julai 2011.
  3. Pertandingan Masterchef antara KRT di Kubang Pasu.
  4. Menghantar laporan kepada Setiausaha setelah selesai aktiviti dibuat.
  5. Mengucapkan tahniah atas kerja yang dibuat untuk gotong-royong di Taman Tunku Meharan.
  6. Futsal veteren.
  7. Lain-lain yang berkaitan.
Di bawah ini terdapat beberapa gambar yang sempat diambil.





Mesyuarat Khas ini di adakan sekaligus sebenarnya bersempena meraikan kejayaan KRT Tmn Mahsuri kerana dapat menjayakan Karnival Sukaneka KRT Kubang Pasu Zon Selatan yang mendapat sambutan sangat menggalakkan. Mereka yang terlibat dalam menjayakan Program tersebut hadir adalah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa KRT Tmn Mahsuri, Ahli Jawatankuasa KRT Tmn Tunku Maheran selaku tuan rumah utk Program tersebut.Di harap tiada lagi salah faham berlaku kerana tiada penyimpangan berlaku dalam mencapai kesejahteraan & kemajuan penduduk setempat.

Karnival Sukaneka KRT Kubang Pasu Zon Selatan

Bertempat di Padang Taman Tunku Maheran, telah diadakan Karnival Sukaneka antara KRT Kubang Pasu Zon Selatan bersempena pembukaan Dewan Orang Ramai di Taman Tunku Maheran telah dirasmikan oleh Dato` Wira Johari Baharom, Timbalan Menteri Industri dan Asas Tani, diringi bersama oleh En.Saad Man,selaku Wakil Rakyat ADUN Jitra,Pengarah Perpaduan Negeri Kedah serta En.Ismail sebagai Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu.
Alhamdulillah...Sambutan sangat menggalakkan dari peserta KRT dan juga penduduk setempat.Bukan sahaja dari golongan kanak-kanak, malah pelbagai peringkat umur datang memeriahkan lagi acara sukaneka kali ini. Begitu juga bukan sahaja bangsa melayu, malah bangsa Cina,India dan Siam turut sama menyertai setiap acara yang dipertandingkan.
Antara gambar yang sempat diambil :

 gambar kandid yang sempat diambil

 antara gelagat peserta sukaneka yang sempat diambil

 antara gelagat peserta yang sempat diambil

 Dato` Wira Johari Baharom sedang melepaskan acara tarik tali untuk sessi final.

 Dari kiri : Dato` Wira Johari Baharom memberi ucapan
Tengah : Kelihatan Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Kedah,Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Kubang Pasu, En.Ismail.
Gambar kanan : Dato` Wira Johari Baharom bersama ADUN Jitra, En. Saad Man serta Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Kedah menyampaikan sijil pentauliahan kepada KRT.

 Acara Tarik Tali yang paling meriah dan paling ramai penonton.

Penyampaian hadiah oleh Pengerusi KRT Taman Mahsuri, En. Ahmad Shaker bin Ahmad kepada pemenang untuk acara sukaneka kali ini.

Wednesday, April 20, 2011

KARNIVAL SUKANEKA PERPADUAN ZON KUBANG PASU SELATAN

Karnival Sukaneka Perpaduan Zon Kubang Pasu Selatan akan diadakan pada 23 April, 2011(SABTU) mulai jam 8.00 pagi bertempat di Padang Taman Tengku Maheran, Bandar Darulaman, Jitra. Pelbagai acara sukaneka diadakan sempena perasmian Dewan KRT Taman Tengku Maheran. Disamping itu diadakan juga pertandingan burong. Sebanyak 15 KRT Zon Kubang Pasu Selatan mengambil bahagian.

Monday, April 18, 2011

Kejutan buat Encik Ahmad Shaker

Kebetulan pula pada majlis meraikan sempena anak pengerusi pergi umrah,pada 18hb April adalah tarikh ulang tahun Pengerusi KRT Taman Mahsuri iaitu Encik Ahmad Shaker bin Ahmad di mana ahli-ahli KRT bersama keluarga Pengerusi KRT berpakat untuk membuat kejutan kepada beliau.


En. Ahmad Shaker memotong kek
Suapan dari isteri tersayang

Majlis meraikan anak Pengerusi pergi umrah

Majlis menghadiri anak En.Ahmad Shaker yang akan pergi Umrah diadakan. Berikut adalah gambar yang sempat diambil.Antara yang hadir.


Sunday, April 17, 2011

Mesyuarat bersama KRT

Mesyuarat kali ini adalah final untuk Karnival Sukaneka yang akan diadakan pada 23hb April 2011 di mana agenda mesyuarat kali ini adalah untuk mengagihkan peserta bagi setiap acara supaya pada hari kejadian tersebut, tidak berlaku kekeliruan atau masalah lain yang akan timbul.Sebanyak 17 acara dipertandingkan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30pm.


Sunday, April 10, 2011

Mesyuarat bersama KRT

Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah untuk membincangkan mengenai Program Karnival Sukaneka Perpaduan Zon Kubang Pasu Selatan yang akan dilaksanakan secara kerjasama semua KRT dalam Zon Kubang Pasu Selatan.
Karnival ini akan diadakan pada 23 April 2011 di KRT Taman Tengku Maheran sempena pembukaan rasmi Dewan oleh YB. Dato Wira Mohd Johari b. Baharum selaku Ahli Parlimen Kubang Pasu.
Setiap KRT diminta mengurus acara pertandingan sukaneka dan berharap semua KRT bersedia dan boleh melaksanakannya.
Acara Sukaneka
Mesyuarat bersetuju acara di bawah berikut dipertandingkan pada Karnival Sukaneka Perpaduan Zon Kubang Pasu Selatan.


Untuk acara yang dikelolakan oleh KRT Taman Mahsuri, segala syarat permainan,cara permainan serta borang penyertaan boleh dilihat di SINI.


Mesyuarat dimaklumkan KRT Taman Tengku Maheran akan menyediakan Kertas Kerja dan perlu disiapkan dan diserahkan kepada Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu pada atau selewat-lewatnya hari Ahad 3 April 2011.
Encik Ismail b. Zakaria selaku Pegawai Perpaduan Daerah meminta KRT yang hadir dapat menyampaikan segala keputusan mesyuarat kepada KRT yang tidak dapat hadir dan menyarankan suapaya dapat menjemput Tadika Perpaduan dan Tadika KEMAS ikut serta mengambil bahagian dalam Sukaneka ini. Beliau juga berharap penganjuran Karnival ini akan berjaya dan menjadi contoh kepada zon-zon lain dalam Daerah Kubang Pasu.
Beliau juga mengumumkan Geran Peruntukan telah dikeluarkan kepada semua KRT sebanyak RM4800.
Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutama kepada En.Ismail b. Zakaria yang sudi hadir dan memberi pandangan untuk menjayakan Karnival Sukaneka Perpaduan Zon Kubang Pasu Selatan ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada 10.45malam.

Borang penyertaan,syarat & cara permainan

Syarat Penyertaan & Cara Permainan
1. Terbuka kepada lelaki dan perempuan dewasa sahaja.
2. 2 pemain diperlukan untuk acara ini. Sebiji belon berisi air disediakan untuk satu pasukan.
3. 2 pemain dikehendaki membaling belon yang berisi air sesama sendiri.
4. Setiap balingan yang berjaya, perlu berundur satu tapak kaki ke belakang, dan balingan 
    diteruskan hingga pemenang diperolehi.
5. Jika belon pecah, peserta akan tersingkir.
6. Pemenang akan dikira dari segi belon tidak pecah semasa balingan dibuat.
7. Keputusan adalah muktamad.


Syarat permainan & Cara Permainan
1. Terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan sahaja.
2. Seorang pemain diperlukan untuk acara ini. 1 belon disediakan.
3. Pemain dikehendaki meniup belon sehingga saiznya besar.
4. Pemain dikehendaki duduk di atas belon tersebut sehingga belon itu pecah.
5. Sebarang jenis peralatan/benda yang tajam tidak dibenarkan, jika didapati ada, 
    penyertaan itu akan terbatal secara automatik.
6. Pemenang akan dikira dari segi belon siapa yang pecah terlebih dahulu.
7. Keputusan adalah muktamad.


Syarat permainan & Cara Permainan
1. Terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan sahaja.
2. 4 pemain diperlukan untuk acara ini.
3. Timba berisi air, 1 unit span dan 1 botol kosong diberikan kepada setiap pasukan.
4. Pemain akan bergilir-gilir mengisi air dengan merendamkan span ke dalam timba yang
    berisi air.
5. Kemudian peserta akan memerah air ke dalam botol menggunakan span tadi.
6. Masa diberikan hanya 3 minit.
7. Pemenang akan dikira dari segi takat air dalam botol yang penuh dalam masa yang
    diberikan iaitu 3 minit.
8. Keputusan adalah muktamad.

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA

Program Gotong Royong Perdana telah dilaksanakan pada hari Sabtu 26 Mac, 2011dan upacara perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YB. Dato,Wira Mohd.Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu .Turut hadir ialah Encik Ismail bin Zakaria Pegawai Perpaduan dan Intergrasi Nasional Daerah Kubang Pasu.

Progran Gotong Royong Perdana telah melibatkan pelbagai agensi kerajaan /NGO dan pihak swasta yang dianggarkan seramai 600 orang. Antara yang turut serta menjayakan Gotong Royong Perdana:

1. Majlis Daerah Kubang Pasu
2. IPG Kampus Darulaman
3. Kolej Komuniti Bandar Darulaman
4. UiTM Merbok
5. AADK
6. Kolej Pertanian Kubang Pasu
7. Pasukan Bomba Sukarela  Pekan Tunjang
8. Hospital Jitra
9. Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu
10. Enviroment Idaman Sdn.Bhd
11.UUM
12.Giat Mara Jitra
13.ILP Jitra    dan.........
14. Semua penduduk Taman Mahsuri
Aktiviti lain yang dijalankan sempena Gotong Royong ialah Pemeriksaan Kesihatan yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Kempen Derma Darah oleh Tabung Darah Hospital Jitra pula berjaya memperolehi 29 orang penderma darah.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis diatas. Terimakasih.