Sunday, April 10, 2011

Mesyuarat bersama KRT

Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah untuk membincangkan mengenai Program Karnival Sukaneka Perpaduan Zon Kubang Pasu Selatan yang akan dilaksanakan secara kerjasama semua KRT dalam Zon Kubang Pasu Selatan.
Karnival ini akan diadakan pada 23 April 2011 di KRT Taman Tengku Maheran sempena pembukaan rasmi Dewan oleh YB. Dato Wira Mohd Johari b. Baharum selaku Ahli Parlimen Kubang Pasu.
Setiap KRT diminta mengurus acara pertandingan sukaneka dan berharap semua KRT bersedia dan boleh melaksanakannya.
Acara Sukaneka
Mesyuarat bersetuju acara di bawah berikut dipertandingkan pada Karnival Sukaneka Perpaduan Zon Kubang Pasu Selatan.


Untuk acara yang dikelolakan oleh KRT Taman Mahsuri, segala syarat permainan,cara permainan serta borang penyertaan boleh dilihat di SINI.


Mesyuarat dimaklumkan KRT Taman Tengku Maheran akan menyediakan Kertas Kerja dan perlu disiapkan dan diserahkan kepada Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu pada atau selewat-lewatnya hari Ahad 3 April 2011.
Encik Ismail b. Zakaria selaku Pegawai Perpaduan Daerah meminta KRT yang hadir dapat menyampaikan segala keputusan mesyuarat kepada KRT yang tidak dapat hadir dan menyarankan suapaya dapat menjemput Tadika Perpaduan dan Tadika KEMAS ikut serta mengambil bahagian dalam Sukaneka ini. Beliau juga berharap penganjuran Karnival ini akan berjaya dan menjadi contoh kepada zon-zon lain dalam Daerah Kubang Pasu.
Beliau juga mengumumkan Geran Peruntukan telah dikeluarkan kepada semua KRT sebanyak RM4800.
Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutama kepada En.Ismail b. Zakaria yang sudi hadir dan memberi pandangan untuk menjayakan Karnival Sukaneka Perpaduan Zon Kubang Pasu Selatan ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada 10.45malam.

No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..