Sunday, April 10, 2011

Borang penyertaan,syarat & cara permainan

Syarat Penyertaan & Cara Permainan
1. Terbuka kepada lelaki dan perempuan dewasa sahaja.
2. 2 pemain diperlukan untuk acara ini. Sebiji belon berisi air disediakan untuk satu pasukan.
3. 2 pemain dikehendaki membaling belon yang berisi air sesama sendiri.
4. Setiap balingan yang berjaya, perlu berundur satu tapak kaki ke belakang, dan balingan 
    diteruskan hingga pemenang diperolehi.
5. Jika belon pecah, peserta akan tersingkir.
6. Pemenang akan dikira dari segi belon tidak pecah semasa balingan dibuat.
7. Keputusan adalah muktamad.


Syarat permainan & Cara Permainan
1. Terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan sahaja.
2. Seorang pemain diperlukan untuk acara ini. 1 belon disediakan.
3. Pemain dikehendaki meniup belon sehingga saiznya besar.
4. Pemain dikehendaki duduk di atas belon tersebut sehingga belon itu pecah.
5. Sebarang jenis peralatan/benda yang tajam tidak dibenarkan, jika didapati ada, 
    penyertaan itu akan terbatal secara automatik.
6. Pemenang akan dikira dari segi belon siapa yang pecah terlebih dahulu.
7. Keputusan adalah muktamad.


Syarat permainan & Cara Permainan
1. Terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan sahaja.
2. 4 pemain diperlukan untuk acara ini.
3. Timba berisi air, 1 unit span dan 1 botol kosong diberikan kepada setiap pasukan.
4. Pemain akan bergilir-gilir mengisi air dengan merendamkan span ke dalam timba yang
    berisi air.
5. Kemudian peserta akan memerah air ke dalam botol menggunakan span tadi.
6. Masa diberikan hanya 3 minit.
7. Pemenang akan dikira dari segi takat air dalam botol yang penuh dalam masa yang
    diberikan iaitu 3 minit.
8. Keputusan adalah muktamad.

No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..