Saturday, April 23, 2011

Karnival Sukaneka KRT Kubang Pasu Zon Selatan

Bertempat di Padang Taman Tunku Maheran, telah diadakan Karnival Sukaneka antara KRT Kubang Pasu Zon Selatan bersempena pembukaan Dewan Orang Ramai di Taman Tunku Maheran telah dirasmikan oleh Dato` Wira Johari Baharom, Timbalan Menteri Industri dan Asas Tani, diringi bersama oleh En.Saad Man,selaku Wakil Rakyat ADUN Jitra,Pengarah Perpaduan Negeri Kedah serta En.Ismail sebagai Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu.
Alhamdulillah...Sambutan sangat menggalakkan dari peserta KRT dan juga penduduk setempat.Bukan sahaja dari golongan kanak-kanak, malah pelbagai peringkat umur datang memeriahkan lagi acara sukaneka kali ini. Begitu juga bukan sahaja bangsa melayu, malah bangsa Cina,India dan Siam turut sama menyertai setiap acara yang dipertandingkan.
Antara gambar yang sempat diambil :

 gambar kandid yang sempat diambil

 antara gelagat peserta sukaneka yang sempat diambil

 antara gelagat peserta yang sempat diambil

 Dato` Wira Johari Baharom sedang melepaskan acara tarik tali untuk sessi final.

 Dari kiri : Dato` Wira Johari Baharom memberi ucapan
Tengah : Kelihatan Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Kedah,Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Kubang Pasu, En.Ismail.
Gambar kanan : Dato` Wira Johari Baharom bersama ADUN Jitra, En. Saad Man serta Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Kedah menyampaikan sijil pentauliahan kepada KRT.

 Acara Tarik Tali yang paling meriah dan paling ramai penonton.

Penyampaian hadiah oleh Pengerusi KRT Taman Mahsuri, En. Ahmad Shaker bin Ahmad kepada pemenang untuk acara sukaneka kali ini.

No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..