Thursday, March 31, 2011

MESYUARAT KARNIVAL SUKANEKA PERPADUAN ZON KUBANG PASU SELATAN

Mesyuarat telah diadakan pada 31 Mac 2011 di Dewan Taman Mahsuri Fasa 2A dan telah dihadiri wakil-wakil daripada KRT Zon Kubang Pasu Selatan . En. Ismail bin Zakaria Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu juga turut hadirbersama.


Tujuan mesyuarat ini adalah membicangkan mengenai Program Sukaneka yang akan di adakan pada 23 April 2011. Program ini akan menggabungkan 8 KRT di kawasan Kubang Pasu Selatan . Antara KRT yang terlibat adalah :
  • Kawasan Rukun Tetangga Taman Siswa 2
  • Kawasan Rukun Tetangga Taman Setia Jaya
  • Kawasan Rukun Tetangga Taman Mahsuri
  • Kawasan Rukun Tetangga Taman Tunku Maheran
  • Kawasan Rukun Tetangga Taman Melur
  • Kawasan Rukun Tetangga Taman Susana Permai
  • Kawasan Rukun Tetangga Taman Tabung Haji
  • Kawasan Rukun Tetangga Kg. Hilir
Kawasan Rukun Tetangga Taman Tunku Maheran menjadi tuan rumah untuk program ini. Antara perkara yang berbangkit adalah :
  • Aturcara majlis
  • Acara sukaneka
  • Wakil KRT untuk acara sukaneka
  • Keperluan yang diperlukan
  • Budget
  • Lain-Lain
En. Ismail selaku pegawai di Jabatan Perpaduan melihat perkembangan blog KRT Tmn Mahsuri

Antara yang hadir :




Pengerusi KRT Taman Mahsuri, En. Ahmad Shaker bin Ahmad berharap program ini dapat berlangsung dengan jayanya dan berharap selepas ini akan ada banyak lagi program bersama yang melibatkan lebih banyak lagi KRT untuk bergabung dalam menjayakan program untuk masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..