Saturday, March 12, 2011

Mesyuarat bersama AADK

Pada 12 Mac 2011 telah di adakan mesyuarat bersama pihak AADK untuk membincangkan mengenai Program Gotong-royong Perdana yang akan di adakan pada 26 Mac 2011. Program ini dianjurkan bersama AADK, Induk KRT dan Biro Kebajikan.Pihak AADK telah diwakili oleh Ustaz Shamsuri bersama pegawainya terdiri daripada En.Syam.Gotong-royong ini adalah pengisian program yang akan disertai oleh OKB (Orang Kena Pengawasan) seramai 30 orang. Mereka juga akan bermalam di Dewan Orang Ramai di Taman Mahsuri sehari sebelum Program Gotong-royong. Selain itu pelbagai program akan diselitkan bersama. Antaranya adalah program Qiyamulail, motivasi, senamrobik dan sebagainya.
Perkara-perkara yang berbangkit adalah :
  • Keperluan yang diperlukan
  • Dari segi keselamatan
  • Program tambahan
  • Budget
  • Agensi yang akan terlibat
  • Pengisian program
  • Lain-lain
Keterangan lanjut mengenai Program ini akan di beritahu secepat yang mungkin.

No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..