Saturday, March 19, 2011

Bengkel Kesedaran Kendiri dalam menghadapi peperiksaan UPSR & PMR

Pada 19hb Mac 2011 telah diadakan Bengkel Kesedaran Kendiri dalam menghadapi peperiksaan Upsr & PMR anjuran Biro Pendidikan telah diadakan di Hotel Darulaman, Bandar Darulaman.
Penyertaan dari kalangan penduduk Taman Mahsuri juga menarik minat dari penduduk di luar Taman Mahsuri turut menyertai. Bilangan sangat menggalakkan iaitu seramai 89 orang, telah mencapai sasaran kami.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh setiausaha sulit Timbalan Menteri Industri & Asas tani, Encik Zulfitri Yaacob. Penceramah jemputan ialah Tuan Haji Sabarani Ghazali iaitu Pensyarah Kolej Undang-Undang kerajaan & Perniagaan Antarabangsa.
Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang Bengkel ini diadakan adalah ceramah,aktiviti berkumpulan dan pembentangan oleh peserta.


Berikut adalah gambar sepanjang bengkel berlangsung :




No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..