Sunday, October 23, 2011

EXPLORE RACE PERPADUAN

Jiran Muda dengan kerjasama Biro Sukan KRT Taman Mahsuri telah berjaya menganjurkan Explorace Perpaduan pada 15 Oktober, 2011 jam 8.00 pagi yang telah diadakan disekitar Taman Mahsuri Fasa 2A dan 2C.  Seramai 24 pasukan telah mengambil bahagian. Inilah julung kali KRT Taman Mahsuri menganjurkannya dan sambutan daripada para belia amat menggalakkan.  Tujuan program ini diadakan adalah untuk membuka minda para remaja tentang sejarah dan isu-isu semasa disamping dapat berkenalan antara peserta serta mengukuhkan perpaduan.. Pelepasan para peserta telah dillakukan oleh En.Ismail bin Zakaria Pegawai Perpaduan dan Intergrasi Nasional Daerah Kubang Pasu.  Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada jam 9.00 malam. Berdasarkan tinjauan yang dibuat para peserta telah memberi respon yang baik dan  menyeronokkan walaupun penat dan jika boleh program ini dijadikan acara tahunan.
pendaftaran peserta......
ucapan oleh En.Ismail b. Zakaria
para peserta diberi taklimat sebelum pertandingan dimulakan.
bersiapsedia untuk dilepaskan...
pertandingan bermula....................kira bagi betuiii..



majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.

No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..