Majlis berlangsung jam 8.30malam dan dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Kubang Pasu , En. Ismail bin Zakaria Ia diserikan lagi dengan kehadiran Dato` Khalida Adibah binti Haji Ayob selaku Ketua Wanita Kubang Pasu & Puan Rohani Kassim, Penolong Setiusaha Wanita Kubang Pasu.
Urusetia Pendaftaran
Banner untuk Sambutan Hari Ibu 2012
Antara yang hadir
Puan Hajah Faizah bin Mohd Noor memberi ucapan selaku wakil Ibu
En. Ahmad Shaker bin Ahmad, Pengerusi KRT Taman Mahsuri memberi ucapan
En. Ismail bin Zakaria, Pengarah Jabatan Perpaduan memberi ucapan serta merasmikan Sambutan Hari Ibu 2012
Persembahan Nasyid oleh para ibu KRT Taman Mahsuri mendendangkan lagu Ibu Mithali & Perpaduan...Syahdunya suara ibu-ibu nie...
Persembahan seloka spontan oleh wakil bapa iaitu En.Badrul Hisham,En.Mahadzi & Mr Chamnat..Walaupun tiada persediaan..tapi buat penonton terhibur..
Persembahan lakonan oleh wakil ibu-ibu. Mengisahkan tentang Man seorang remaja yang terlibat dengan dadah yang degil tidak menghiraukan teguran keluarganya hinggalah pihak polis berjaya menangkap beliau,setelah beberapa tahun berada di pusat pemulihan akhlak,beliau telah insaf...agak sedih bila di akhir cerita kedengaran lagu dendangan dari Aishah mengenai Ibu....
Para pelakon dari kiri Puan Sarina sebagai pegawai polis,Puan Maziah sebagai anak yang sosial,Puan Rosmena sebagai ibu yang penyayang,Puan Khalijah sebagai bapa yang garang dan Puan Azizah Yusof sebagai abang yang garang..Berbakat sebenarnya ahli-ahli KRT Taman Mahsuri nie..
Perarakan masuk oleh para remaja yang mempersembahkan Dikir Barat..Segak bergaya dengan baju melayu...selain dari Hari Raya...payah nak tengok..ini lah peluang nak tengok..:)
Bersemangat mereka..Pandai bermain alat muzik tradisional..Tekong adalah anak kepada Puan Che Rokiah & Puan Maziah...pandai buat loghat Kelantan..Semua penonton turut sama menyanyi & bersorak kerana sangat terhibur dengan nyanyian mereka yang bersemangat...
Agaknya Pengerusi KRT kita terhibur hinggakan pejam mata pun tersenyum...:)
Persembahan Boria oleh wakil ibu...Pengisian Boria yang sangat mengelikan hati...
Persembahan sketsa oleh Puan Che Rokiah & Puan Siah Md Dar...mengisahkan seorang anak membawa ibunya pergi memancing..Yang kelakarnya mereka dapat menangkap ikan berwarna hijau & biru..Ia sebenarnya berkaitan dengan Pilihanraya yang bakal tiba...buat suma orang ketawa...
Persembahan deklemasi sajak yang diberi tajuk Untukmu Ibu..oleh Cik Zanhassida Md.Isa yang sangat menyentuh hati penonton..
Antara Ibu yang menangis...
Selawat penutup oleh Puan Umisofian binti Md Yusoff yang sangat menyentuh kalbu...
Akhirnya terlihat tersenyum puas dari raut wajah Pengerusi KRT Taman Mahsuri dengan persembahan yang
TAHNIAH BUAT MEREKA BERDUA...MOGA LEBIH BANYAK SUMBANGAN LAGI DITABURKAN...BUKAN SAHAJA MEREKA BERDUA..MALAH SEMUA PENDUDUK DI TAMAN MAHSURI TERUTAMA AHLI KRT TAMAN MAHSURI DALAM MEMBERI MANFAAT BUAT KEBAIKAN KRT TAMAN MAHSURI....
Kek khas untuk Sambutan Hari Ibu..Terima kasih kepada En. Ahmad Shaker bin Ahmad..Pengerusi KRT Taman Mahsuri..
Penulis bersama kedua ibu bapa,adik & kak ipar tersayang serta Det & tokwan yg popular di Taman Mahsuri....
Setelah melihat kesungguhan & berjayanya Sambutan Hari Ibu 2012 ini..Pengerusi KRT Taman Mahsuri akan membuat Hari Bakat yang mana penduduk KRT Taman Mahsuri boleh menunjuk bakat masing-masing...
p/s - Ada yang berbisik pada penulis yang penulis ada bakat berlakon setelah melihat penulis dapat membuat penonton menangis..:) isk...penulis betul2 nangis sebab pengisiannya mmg penulis benar2 maksudkan buat ibu penulis..:)
No comments:
Post a Comment
Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..