Sunday, April 29, 2012

PROGRAM JIRAN MUDA

KRT Taman Mahsuri melalui Jiran Muda dan Biro Kebajikan telah menjalankan satu program amal bakti di Kampong Padang Teja Mukim Pelubang, Jitra baru-baru ini.  Program ini diadakan untuk mempamerkan keadaan positif golongan belia yang selama ini sering dikaitan dengan gejala negatif.  Selain aktiviti membersih kawasan rumah En. Md. Saad b. Md.Isa salah seorang penduduk Kampong Padang Teja  KRT Taman Mahsuri juga memberi sumbangan wang tunai yang berjaya dipungut selain sumbangan wang zakat daripada penduduk Taman Mahsuri.  Dalam program ini juga turut diberi merupakan kelengkapan rumah antaranya TV, Kipas angin, Tikar, Tilam dan Pinggan Mangkuk.

Pengerusi Jiran Muda Muhd.Nabil Fikri bin Sollehuddin amat gembira kerana program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam membantu masyarakat yang hidup dalam sebar kekurangan.

Ketibaan Pengerusi KRT Taman Mahsuri dan ahli ke rumah En.Md Saad di Padang Teja









kawasan sekitar rumah dibersihkan










No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..