Tuesday, April 3, 2012

SYABAS DAN TAHNIAH




Alhamdulillah - syukur kehadrat Allah sekali lagi KRT Taman Mahsuri telah dianugerah Kawasan Rukun Tetangga Cemerlang bagi empat tahun berturut-turut 2008,2009,2010 dan 2011. Majlis penganugerahan telah berlangsung  pada 31 Mac, 2012 di Dewan Serbaguna Bandar Muadzam Shah Anak Bukit sempena Majlis Anugerah Perpaduan Tahun 2012 peringkat Negeri Kedah yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahgia Dato' Azman Amin bin Hassan Ketua Pengarah JPNIN Malaysia . Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah bekerja keras dan  memberi komitmen yang tinggi bagi menjayakan setiap aktiviti yang dilaksanakan. Semoga kerja buat anda diberkati Allah jua.
Syabas dan Tahniah.

No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..