Thursday, January 24, 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H

24 Januari, 2013 - Sambutan Malidur Rasul anjuran KRT Taman Mahsuri telah diadakan bertempat di perkarangan Surau Ann Nur , Taman Mahsuri Fasa 2A bertemakan WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH.  Sambutan Maulidur Rasul adalah antara lain bertujuan untuk menghayati perjuangan Rasulullah SAW , bersatu padu memupuk ukhwah Islammiyah di samping mencipta kegemilangan dari ketamaddunan masyarakat Islam mengikut perkembangan semasa secara seimbang.

   Yang menariknya sambutan pada tahun ini diserikan dengan pembabitan dari pasukan berkuda yang mendahului kumpulan perarakan.  Sambutan disertai lebih 1200 orang yang terdiri daripada penduduk Taman Mahsuri dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk dari kaum China, India dan Siam.  Selain dari itu penyertaan juga dari badan kerajaan dan bukan kerajaan, pelajar-pelajar IPTA dan pertubuhan swasta.

    Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini . Kita berjumpa lagi ditahun hadapan. Insyaallah.






pasukan berkuda mendahului perarakan.

pelbagai kaum sertai perarakan.


sijil penyertaan kepada yang menyertai perarakan.




jamuan untuk semua yang hadir.

No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..