Saturday, June 30, 2012

Lawatan ke KRT Puncak Aravalla di Cameron Highland

Pada 22 Jun 2012 KRT Taman Mahsuri telah bertolak ke Cameron Highland.Seramai lebih kurang 60 orang yang ikut serta.Peserta terdiri daripada penduduk Taman Mahsuri.Sebuah bas dan 4 buah kereta telah konvoi bersama.Lebih kurang jam 7.30 pagi rombongan ke Cameron Highland telah bertolak.
Alhamdulillah perjalanan lancar, kami sampai ke Cameron Highland dalam jam 3..00 petang. Kami semua terus makan tengahari di Medan Selera di mana telah sudi belanja kami. Alhamdulillah.
Setelah selesai makan tengahari, kami terus balik ke Hotel Titiwangsa untuk membersihkan diri & berehat.Jam 6.00 petang kami dijamu makan malam di Hotel berkenaan.Setelah itu barulah kami bertolak ke Restoren di mana kami akan bertemu bertentang mata dengan ahli KRT Puncak Aravalla.Pertemuan kami sangat berjaya, ini adalah kerana kami di layan dengan begitu mesra seperti sudah lama kenal.Bermacam-macam aktiviti kami lakukan bersama.Antaranya adalah permainan, permainan ambil getah menggunakan straw,nyanyian karaoke, cabutan bertuah dan sebagainya.









No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..