Wednesday, January 25, 2012

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PERPADUAN 1 MALAYSIA

Selaras dengan Gagasan 1 Malaysia, dalam usaha memperkukuhkan perpaduan serta menyuburkan cara hidup yang harmonis antara  kaum KRT Taman Mahsuri mengambil inisiatif  untuk memberi buah tangan kepada semua penduduk berbangsa China di Taman Mahsuri sempena Perayaan Tahun Baru China  tahun ini, Majlis tersebut telah berlangsung pada 20 Januari, 2012 jam 5.00 petang bertempat di Dewan Taman Mahsuri Fasa 2 A. Dalam ucapan aluannya  Pengerusi KRT Taman Mahsuri Encik Ahmad Shaker b. Ahmad mengalu-alukan penyertaan kaum China dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh KRT Taman Mahsuri. Pada majlis tersebut Encik Shaker turut menyampaikan beras, angpau, buah limau dan  ketupat serta rendang kepada warga emas, kanak-kanak dan OKU sambil mengharapkan Tahun Baru China kali ini yang jatuh pada tahun Naga disambut dengan penuh keceriaan.

HAPPY CHINESE NEW YEAR @ GONG XI FA CHAI 

PENDAFTARAN PENERIMA BANTUAN PERPADUAN 1 MALAYSIA

AHLI KRT TAMAN MAHSURI BERGOTONG-ROYONG MEMASAK KETUPAT UNTUK DIAGIHKAN.


ANGPOW UNTUK KANAK-KANAK
WARGA EMAS MENERIMA SUMBANGAN DRP. PENGERUSI KRT TAMAN MAHSURI
ENCIK AHMAD SHAKER BIN AHMAD.



TIDAK DILUPAKAN KANAK-KANAK OKU TURUT MENERIMA BANTUAN


                                                                                 

No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..