Monday, September 5, 2011

MEMASAK BUBUR LAMBUK


Sekali lagi pada 20 Ramadhan 1432 bersamaan 20 Ogos, 2100 KRT Taman Mahsuri dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Kubang Pasu telah mengadakan program memasak bubur lambuk bertempat di tapak Bazar Ramadhan, Taman Mahsuri.

Program bermula jam 9.00 pagi dengan membuat persiapan bahan-bahan masakan dan bubur lambuk siap dimasak dalam 2 periuk besar jam 1.00 tengahari. Bubur lambuk mula diagihkan kepada orang ramai mulai jam 5.00 petang. YB. Dato Wira Mohd. Johari Baharom Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu telah sudi mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai. Dalam masa 1 jam sahaja sebanyak 1700 bungkus bubur lambuk telah habis diagihkan.


No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..