Wednesday, July 31, 2013

PROGRAM MEMASAK BUBUQ LAMBUK

Program Memasak Bubuq Lambuk merupakan satu program tradisi KRT Taman Mahsuri dan telah menjadi kemestian setiap tahun pada bulan Ramadhan.  Tahun ini AJK KRT Taman Mahsuri telah mengambil ketetapan program ini dilaksanakan sebanyak 4 kali setiap hari Sabtu pada 6, 13, 20 dan 27 Julai 2013.
Bagi setiap kali program dijalankan sebanyak 4 periuk besar disediakan untuk diagih-agihkan.

Program ini dilaksanakan secara gotong royong bermula jam 8.00 pagi dengan penyediaan bahan dan memasak dan jam 5.00 petang agihan bubuq lambuk bermula.

Pihak KRT Taman Mahsuri mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma  yang telah bermurah hati menyumbang dalam bentuk kewangan dan bahan serta tenaga yang di beri.  Semoga ALLAH jua saja yang membalas budi baik tuan.
gotong royong menyediakan bahan untuk dimasak.











Tuesday, July 9, 2013

MARHABAN YA RAMADHAN


Selamat menunaikan Ibadat Puasa, semoga diberkati dibulan yang penuh mahrifah ini.