Saturday, December 29, 2012

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2012 DAN SELAMAT DATANG TAHUN 2013
SEMOGA TAHUN 2013  LEBIH BAIK DAN TERUS CEMERLANG.

Thursday, December 27, 2012

JOM MAIN PERMAINAN DULU-DULU


Seperti yang telah dirancang pada 25 Disember, 2012 bertempat di gelanggang Futsal 1 Malaysia Taman Mahsuri KRT Taman Mahsuri telah menganjurkan program JOM MAIN PERMAINAN DULU-DULU.Sambutan daripada Jiran Muda amat menggalakan . Objektif program tercapai . Anak-anak muda telah mulai berminat dan permainan tradisional telah  menguasai jiwa golongan muda.Bagi generasi lama program ini telah memberi nostalgia kepada mereka. Permainan yang dimulakan jam 8.30 pagi dengan permainan guli berakhir jam 3.00 petang dengan permainan tuju tin . Majlis perasmian  penutupan dan penyampaian hadiah  telah disempurnakan oleh Encik Zulfitri bin Yaacob Setiausaha Sulit kepada YB Dato Wira Mohd.Johari Baharum Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu.

guli  bank


acara tuju para

acara tarik upih


berjalan atas tempurung

gelek kong

tuju tin

guli pacat


ucapan perasmian penutupan program
oleh Encik Zulfitri bin Yaacob






acara sampingan pameran 


permainan guli bank

permainan guli menarik ramai peminat

acara sampingan sudut inovasi - membuat sabun yang dipelajari semasa lawatan ke Hadyai baru-baru ini



pertandingan bulu ayam

pertandinga tiup getah


Sunday, December 16, 2012

KRT PRIHATIN

Atas rasa simpati dan prihatin KRT Taman Mahsuri telah melakukan ziarah kepada dua individu yang sedang sakit iaitu Encik Ismail bin Othman yang menetap di 672 Lorong 7C, Taman Mahsuri Fasa 2C dan Pn.Munirah bt Ghazali di No. 56 Lorong 2A, Taman Mahsuuri Fasa 2A bagi melahirkan rasa simpati dan menghulurkan sedikit sumbangan yang termampu untuk meringankan beban yang ditanggung. Semoga khidmat bakti YANG SEDIKIT ini akan mendapat ganjaran yang sewajarnya drp. Allah swt. Insyaallah.

Encik Ismail Othman menerima sumbangan daripada En. Zainon b. Bakar
Timbalan Pengerusi KRT Taman Mahsuri
Pn.Munirah Ghazali ........Terima kasih KRT Taman Mahsuri


Saturday, December 15, 2012

JOM MAIN PERMAINAN DULU-DULU


KRT Taman Mahsuri akan menganjurkan program Jom Main Permainan Dulu-Dulu ataupun permainan tradisional pada 25 Disember, 2012 bertempat di gelanggang Futsal 1 Malaysia, Sebagai persiapan KRT Tanman Mahsuri telah mengadakan pertandingan persahabatan dengan AADK Kubang Pasu pada 15 Disember, 2012 dengan bermain guli, tuju pot dan tuju para.. Pertandingan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada AADK Kubang Pasu. Tahniah .Kita jumpa lagi pada 25 Disember, 2012 nanti.



MAIN GULI
PERMAINAN TUJU POT
MAIN GULI

Kak Cik ....kena ka tu lama sangat tu......

AADK menang


Thursday, December 13, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR JAWATANKUASA PENYELARAS RUKUN TETANGGA MELAKA TENGAH.

KRT Taman Mahsuri mengucapakn Selamat Datang dan terima kasih kepada Jawatankuasa Penyelaras Rukun Tetangga Melaka Tengah kerana telah memilih KRT Taman Mahsuri sebagai detinasi lawatan mereka ke Utara Semenangjong.  Peserta lawatan terdiri daripada Pengerusi-Pengerusi KRT Melaka Tengah seramai 25 orang tiba di KRT Taman Mahsuri pada 12.12.12 jam 8.45 malam. Majlis sambutan dimulakan dengan ucapan aluan Encik Ahmad Shaker bin Ahmad Pengerusi KRT Taman Mahsuri dan ucapan balas daripada Tuan Hj. Othman Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Rukun Tetangga Melaka Tengah . Majlis diakhiri dengan Jamuan Makan Malam dan majlis ramah mesra.

Ucapan Aluan Pengerusi KRT Taman Mahsuri
Encik Ahmad Shaker bin Ahmad

Ucapan Tuan Hj.Othman - Timbalan Pengerusi Jawatankuasa
Penyelaras Rukun Tetangga Melaka Tengah.


1 MALAYSIA.

Wednesday, December 12, 2012

PENCALONAN ANUGERAH PERDANA KATEGORI PENGURUSAN 2011

KRT Taman Mahsuri adalah antara KRT  yang disenarai pendek bagi pencalonan Anugerah Perdana Kategori Pengurusan 2011. Baru-baru ini Panel Penilaian Anugerah Perdana telah datang untuk membuat penilaian pengurusan  KRT Taman Mahsuri yang diketuai oleh Encik Zakaria bin Hashim, Pengarah Bahagian Pengurusan Perpaduan JPNIN. Semoga berjaya .......Insyaallah

menyambut ketibaan ahli panel penilaian

Ahli Panel sedang melakukan penyemakan dokumen

Tuesday, December 11, 2012

PROGRAM MEMASAK BUBOQ ASYURA 1 MALAYSIA.

KRT Taman Mahsuri dengan kerjasama AADK Daerah Kubang Pasu telah menganjurkan Program Memasak Buboq Asyura 1 Malaysia pada 9  Disember, 2012 bertempat di Dewan Rumah Komuniti AADK Daerah Kubang Pasu.  Objektif utama program adalah mengeratkan tali salittulrahim dikalangan masyarakat Taman Mahsuri amnya.  Turut serta dalam program tersebut adalah dikalangan kaum China dan India .  Sebanyak 4 kawah buboq telah dimasak dan diagihan kepada penduduk Taman Mahsuri. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai AADK Daerah Kubang Pasu Encik Roslan bin Hussin. Terima kasih kepada semua yang telah bekerja keras menjayakan program ini.