Thursday, July 19, 2012

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

                                                                   
Pengerusi dan AJK KRT Taman Mahsuri menngucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulai ini kepada semua kaum muslimin dan muslimat . Marilah kita berdoa semoga kita dapat menunaikan ibadat puasa dengan penuh kesabaran dan taqwa.

Program-program KRT Taman Mahsuri sepanjang bulan Ramadhan:
    a) Tadarus Al Quran
    b) Memasak Bubur Lambuk
    c) Majlis Berbuka Puasa di Surau Annur Taman Mahsuri.

Wednesday, July 11, 2012

Pertandingan Bowling

Pada 07 Julai 2012 telah diadakan Pertandingan Bowling anjuran KRT Taman Mahsuri bersama SRS Taman Mahsuri pada 8.30 malam bertempat di Aneka Mall.

Pertandingan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan merangkumi penduduk Taman Mahsuri dari kalangan golongan dewasa hinggalah remaja.

Terima kasih kepada pengerusi KRT Taman Mahsuri kerana sudi menaja hadiah-hadiah buat peserta Pertandingan Bowling kali ini. Moga selepas ini akan diadakan lagi pusingan kedua bagi pertandingan bowling atau pertandingan yang lain,untuk menambahkan lagi aktiviti KRT & mengeratkan lagi silaturrahim antara penduduk di Taman Mahsuri.

Seramai 22 kumpulan telah menyertai pertandingan ini. Setiap kumpulan mempunyai 3 orang peserta di mana mewajibkan ada peserta wanita walaupun seorang. 

Pertandingan ini diserikan lagi dengan kehadiran pelakon yang berketurunan dari Australia yang telah lama menetap di Malaysia..Beliau juga fasih bertutur dalam bahasa melayu. Beliau adalah Jufri Rayyan bin Williams.


Beliau telah memeluk Islam sejak tahun lepas.Antara drama yang pernah beliau terlibat adalah Habil dan Qabil, Cikgu Kemisah Kirby, Jangan Bunuh Matahariku, Jodoh Oh Jodoh, Durja Ningsun, Ar Rayyandan Lilin Cinta.Kepada mereka yang masih keliru siapakah beliau. Di bawah ini saya sertakan salah satu lakonan beliau.Cite nie Cikgu Kemisah Kirby..disiarkan tahun 2010...:) saya letak cerita ini adalah kerana video ini banyak kelibat beliau..:)


Beliau dijemput untuk memberi hadiah kepada pemenang saguhati. Disertakan gambar-gambar sekitar pertandingan bowling itu berlansung. Maaf jika gambar tidak mengikut susunan & kualiti tidak baik..Ini adalah berkemungkinan berikutan masalah teknikal blog.






















Moga selepas ini diadakan lagi aktiviti seperti ini.Selain dari bersukan, ia boleh memberi keyakinan kepada kita kerana mungkin sebelum ini kita tidak mahu terlibat dalam aktiviti seperti ini adalah kerana malu ditertawakan, sedangkan ia amat membantu kita dalam meyakinkan diri kita.