Sunday, December 1, 2013

5 PROGRAM DALAM 1 HARI

Pada 21 November, 2013 bertempat di Dataran Gelanggang Futsal 1Malaysia,  KRT Taman Mahsuri telah mejalankan 5 program dalam masa 1 hari. Program di mulakan dengan aktiviti senamrobik yang diterajui oleh Jiran Wanita bermula jam 7.30 pagi .




one, two three ..four...one....

Jiran wanita bersemangat bersenam

tua-muda bersenam

gelek kak cik....geeelek

Program kedua : Memasak Bubur Asyura.   Selesai sahaja senamrobik JiranWanita serta  penduduk Taman Mahsuri bertungkus lumus pula menyediakan bahan-bahan resipi untuk memasak Bubur Asyura sempena bulan Muharram . Bulan yang istimewa bagi masyarakat Islam seluruh dunia.  Bulan pertama tahun Hijriyah. Bulan muhasabah diri akan amal masa lalu untuk dijadikan pedoman dimasa hadapan. Bulan untuk melakukan kebaikan dan sedekah . Bulan menunaikan puasa dan amalan sunat yang lain. Bulan yang sinonim dengan Bubur Asyura.  KRT Taman Mahsuri telah memasak 10 kawah Bubur Asyura untuk diagihkan kepada pendudukan setempat.














Program Ketiga : Kempen Kitar Semula. Program ini bertujuan mengurang pencemaran alam sekitar, memupuk semangat jimat cermat, menceriakan persekitaran alam sekitar, menambah pendapatan melalui amalan jual beli dan mengurangkan penggunaan sumber. Kempen yang dijalankan  mendapat sambutan yang amat menggalakkan.






Program Keempat: Pertandingan Futsal Bawah 14 Tahun.Diadakan pada sebelah petang.  Program ini diterajui oleh Biro Sukan KRT Taman Mahsuri.  Sebanyak 10 pasukan telah mengambil bahagian.




Program Kelima : Sambutan Deepavali diadakan pada jam 8.30 malam.Sambutan masyarakat sekitar amat menggalakkan. Majlis berakhir jam 10.00 malam. 














Terima kasih kepada semua AJK dan ahli KRT Taman Mahsuri yang telah bekerja keras menjayakan program-program yang telah disusun atur sehari suntuk dengan cemerlang. 



No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..