SRS

Majlis penyerahan kunci Pusat Kawalan SRS Taman Mahsuri telah diadakan pada 4 Mei, 2012 jam 9.00 malam dan telah disempurnakan oleh Encik Ismail bin Zakaria Pegawai Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Kubang Pasu. Turut hadir dalam majlis tersebut Sarjan Zulkifli Ketua Balai Polis Komuniti Bandar Baru Darulaman dan Tuan Haji Yusoff bin Ariffin Pengerusi IBS Bandar Baru Darulaman. Majlis ringkas tapi penuh bermakna ini diakhiri dengan jamuan kepada tetamu yang hadir.


Ucapan Pengerusi KRT Taman Mahsuri Encik Ahmad Shaker bin Ahmad

Ucapan En.Ismail bin Zakaria
Pegawai Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Kubang Pasu


upacara perasmian Pusat Kawalan SRS

Menandatangani Dokumen Penyerahan Kunci


Pemotongan kek sempena 4 tahun penubuhan SRS












KRT Taman Mahsuri telah menubuhkan SRS demi keselamatan penduduk KRT Taman Mahsuri.

26 Februari 2011

Bermula jam 11.00 mlm, gabungan Jab.Perpaduan Negara & Intergrasi Nasional, Krt Tmn.Mahsuri,SRS Tmn.Mahsuri,AADK Kbg.Pasu, Media cetak & elektronik dan Anggota dari Balai POLIS Komuniti Bdr.Darulaman telah mengadakan operasi memeriksa secara rambang para remaja yng berkeliaran di jalanan selepas jam 12 tengah malam.Sebanyak 50 anggota telah terlibat dalam operasi ini.Seramai hampir 100 org yg telah di tahan dan dibawa ke pusat KRT untuk di saring air kencing mereka,bagaimana pun tiada yg didapati positif penyalahgunaan dadah.
Menurut Encik Ahmad Shaker Bin Ahmad, Pengerusi KRT Tmn.Mahsuri ops.ini adalah yg pertama dilakukan pada tahun ini.Tujuan ops ini dilakukan adalah kerana sering berlaku bermacam macam kejadian sejak kebelakangan ini seperti penyalahgunaan dadah,pecah rumah, rempit, gaduh dan khalwat.Beliau berharap agar penduduk Tmn.Mahsuri dapat menyalurkan maklumat sekiranya mendapati individu atau kumpulan yg mencurigakan berada dlm komuniti tersebut.Pihaknya mungkin tidak dapat memerhatikan keseluruhan komuniti yg mempunyai sebanyak 1800 buah rumah ini.
Operasi tersebut dihentikan kira kira jam 2.00 pagi.

28 Januari 2011

Induk KRT & SRS pergi ke Kelantan, destinasi kami ialah Pasir Mas. Tujuan kami ke sana adalah melihat keberkesanan pengurusan SRS di sana selain dari merapatkan silaturrahim antara kami. 1 buah bas digunakan. Seramai 30 orang yang ikut serta untuk rombongan kali ini. Banyak yang dapat dikongsi semasa sesi pertemuan kami. Kami dapat juga lihat bagaimana mereka beroperasi. Semoga dengan pertemuan ini bukan berakhir di sini sahaja, malah ia diharapkan dapat merapatkan lagi keutuhan perpaduan antara kita. Di bawah ini terdapat beberapa gambar yang boleh dikongsi semasa kami berada di sana.