Tepat pukul 12.00 tengah malam ini kita akan sama-sama menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 55 negara kita yang kita sayangi tanah tumpahnya darah kita.
Kalau kita singkap kembali sejarah perjuangan kemerdekaan negera kita satu ungkapan yang boleh disinonimkan dengan perjuangan kemerdekaan negara kita iaitu PENYATUAN dan PERPADUAN atau BERSATU. Pendek kata kemerdekaan negara kita tidak akan tercapai sekiranya tiada PERPADUAN diantara kita. Mungkin apa yang terjadi di luar negara boleh dijadikan iktibar dan pedoman kepada kita semua yang berada di bumi tercinta bernama Malaysia ini.
Kita sebagai warga pasca merdeka perlu ingat yang kemerdekaan itu tidak akan datang bergolek kepada kita, kemerdekaan juga bukanlah kekal abadi. Mempertahankan kemerdekaan adalah lebih susah berbanding menuntut kemerdekaan.
Marilah sama-sama kita berganding bahu merapatkan saf dan menetapkan halatuju perjuangan kita mengekalkan kemerdekaan yang kita nikmati selama ini agar terus melimpah di bumi kita ini.
No comments:
Post a Comment
Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..