Thursday, August 30, 2012

MERDEKA!..MERDEKA! ..MERDEKA!!





Tepat pukul 12.00 tengah malam ini kita akan sama-sama menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 55 negara kita yang kita sayangi tanah tumpahnya darah kita.
Kalau kita singkap kembali sejarah perjuangan kemerdekaan negera kita satu ungkapan yang boleh disinonimkan dengan perjuangan kemerdekaan negara kita iaitu PENYATUAN dan PERPADUAN atau BERSATU. Pendek kata kemerdekaan negara kita tidak akan tercapai sekiranya tiada PERPADUAN diantara kita. Mungkin apa yang terjadi di luar negara boleh dijadikan iktibar dan pedoman kepada kita semua yang berada di bumi tercinta bernama Malaysia ini.
Kita sebagai warga pasca merdeka perlu ingat yang kemerdekaan itu tidak akan datang bergolek kepada kita, kemerdekaan juga bukanlah kekal abadi.  Mempertahankan kemerdekaan adalah lebih susah berbanding menuntut kemerdekaan.
Marilah sama-sama kita berganding bahu merapatkan saf dan menetapkan halatuju perjuangan kita mengekalkan kemerdekaan yang kita nikmati selama ini agar terus melimpah di bumi kita ini.

Sunday, August 5, 2012

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK

Program Memasak Bubur Lambuk telah menjadi tradisi KRT Taman Mahsuri yang menjadi kemestian setiap bulan Ramadhan. Tahun ini KRT Taman Mahsuri mengambil keputusan program ini dilaksanakan sebanyak 3 kali Sabtu bermula 28 Julai, 4 Ogos dan 11 Ogos. Setiap kali program sebanyak 4 periuk besar disediakan untuk diagihkan kepada penduduk setempat sebelum berbuka puasa.  Program ini dilaksanakan secara gotong-royong bermula 8.00 pagi hingga bubur diagihkan jam 4.00 petang.
KRT Taman Mahsuri mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penderma yang telah bermurah hati menyumbang dalam bentuk kewangan dan bahan mentah serta tenaga yang dicurahkan.  Semoga ALLAH jua yang dapat membalasnya.