Monday, June 18, 2012

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH

Dalam Suruh Al E Imran ayat 185 Allah  berfirman yang bermaksud' Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati' Bila berlaku kematian adalah menjadi tanggungjawab dan fardzu kifayah masyarakat untuk menguruskan jenazah.  Atas kesedaran inilah Biro Pendidikan KRT Taman Mahsuri dengan kerjasama Rumah Komuniti AADK Kubang Pasu menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah pada 16 Jun, 2012 bertempat di Surau Annur Taman Mahsuri Fasa 2A, Bandar Darulaman, Jitra.
Tujuanya setidak-tidaknya secara tidak langsung mampu melahirkan pelapis dikalangan generasi muda menguruskan jenazah kerana majoriti hari ini hanya mereka yang berumur mengambil tanggungjawab ini. Saperti yang dinyatakan oleh Yg Bhg.Ustaz Mohd.Saruji Affandi bin Hj.Yahaya dari JASA Negeri Kedah yang mengendalikan bengkel ini " ramai diantara kita mengambil mudah dengan menyerahkan urusan jenazah kepada pihak lain yang tiada kena mengena dengan ahli keluarga sedangkan yang lebih baik jika ahli keluarga si mati yang menguruskan jenazah keluarga mereka sendiri"
Lebihkurang 100 orang peserta telah ikut serta dalam bengkel ini yang terdiri daripada para remaja dan penduduk Taman Mahsuri dimana para peserta telah didedahkan aspek pengurusan jenazah secara teori dan praktikal .
Pada akhir bengkel peserta-peserta telah menerima Sijil Penyertaan yang telah disampaikan oleh YB. Dato'Wira Mohd.Johari bin Baharom Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu.
Pendaftaran peserta bengkel




ucapan perasmian oleh Encik Ahmad Shaker b. Ahmad
Pengerusi KRT Taman Mahsuri





















TV 9 menemubual Pengerusi KRT Taman Mahsuri
Encik Ahmad Shaker bin Ahmad.
  


















TERIMA KASIH USTAZ
                                        

No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..