Bertempat di Telok Senangin, yang terletak lebihkurang 30 km dari bandar Sitiawan, Perak KRT Taman Mahsuri menganjurkan program Kembara Muhibbah Mesraria pada 15 - 17 Disember, 2011 . Seramai 24 buah kenderaan telah mengambil bahagian yang terdiri dari ahli keluarga masing-masing dengan jumlah semua peserta seramai 120 orang. Peserta remaja juga turut serta dengan konvoi bermotosikal. Tujuan untuk merapatkan ikatan kekeluargaan, menanam semangat kerjasama, tolerensi, dan memperkukuhan semangat pasukan. Berbagai aktiviti dijalankan sukaneka, dan lain-lain aktiviti kekeluargaan. Maklumbalas dari peserta amat positif dan semua peserta berpuashati dan gembira dengan semua aktiviti yang dijalankan.
No comments:
Post a Comment
Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..