Wednesday, December 14, 2011

MARI BELAJAR BAHASA ARAB

Bahasa Arab begitu dekat dihati orang melayu kerana banyak perkataan Arab telah diterima pakai didalam Bahasa Melayu. Bahasa Arab sudah sebati dengan umat Islam dulu, kini dan selamanya dimana setiap hari kita mendengar dan bertutur  di dalam Bahasa Arab tanpa disedari. Buktinya ialah setiap hari kita diwajibkan solat yang mana bacaan dan doa di dalam nya adalah bahasa Arab manakala kita juga akan mendengar laungan azan dan iqamat setiap kali tibanya waktu solat yang juga di dalam bahasa Arab.

Untuk memahami lagi Bahasa Arab  Biro Pendidikan KRT Taman Mahsuri dengan kerjasama Kolej Komuniti  Bandar Darulaman menganjurkan program Mari Belajar Bahasa Arab yang di adakan setiap  hari Selasa dan Rabu selepas solat Isyak .

Marilah kita laungkan masa mempelajari Bahasa Arab dengan mempelajari sedikit demi sedikit . Bila minat dan kefahaman mula bertambah Insyaallah kita akan dapat melihat kesanya.

No comments:

Post a Comment

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..