Saturday, April 23, 2011

Mesyuarat Khas Rukun Tetangga Taman Mahsuri

Bertempat di Restoren Naga telah diadakan Mesyuarat Khas disamping merapatkan silaturrahim antara ahli KRT sambil menjamu selera. Antara agenda yang dibincangkan adalah berkenaan :
  1. Hari Keluarga KRT di Rumah Kedah,Padang Kota Lama di Pulau Pinang pada 6hb Mei 2011 hingga 7hb Mei 2011.
  2. Konvoi ke Bendangman pada 21hb Julai 2011.
  3. Pertandingan Masterchef antara KRT di Kubang Pasu.
  4. Menghantar laporan kepada Setiausaha setelah selesai aktiviti dibuat.
  5. Mengucapkan tahniah atas kerja yang dibuat untuk gotong-royong di Taman Tunku Meharan.
  6. Futsal veteren.
  7. Lain-lain yang berkaitan.
Di bawah ini terdapat beberapa gambar yang sempat diambil.





Mesyuarat Khas ini di adakan sekaligus sebenarnya bersempena meraikan kejayaan KRT Tmn Mahsuri kerana dapat menjayakan Karnival Sukaneka KRT Kubang Pasu Zon Selatan yang mendapat sambutan sangat menggalakkan. Mereka yang terlibat dalam menjayakan Program tersebut hadir adalah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa KRT Tmn Mahsuri, Ahli Jawatankuasa KRT Tmn Tunku Maheran selaku tuan rumah utk Program tersebut.Di harap tiada lagi salah faham berlaku kerana tiada penyimpangan berlaku dalam mencapai kesejahteraan & kemajuan penduduk setempat.

3 comments:

  1. time buat makan2 bukan nak ajak pon.

    ReplyDelete
  2. bila time wat keja,keloi org tak sangga2....

    ReplyDelete
  3. Tak perasan pula ada komen dari anda..
    Jika benar anda seorang yg benar-benar komitmen pada KRT Taman Mahsuri..anda patutnya gentleman..tunjukkan diri tanpa menggunakan Anonymous nie..lagi satu senang pihak kami membuat tindakan di mana kami juga manusia biasa..yg tak lari dari buat silap..tp sekurang-kurangnya kami tak lari @ berselindung..berani kerana benar kan..

    Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini..anda masih beri komitmen utk menjengah blog ini makanya anda mampu sebenarnya utk beri komitmen pd KRT & rakan2 anda jika anda benar2 ikhlas..walaupun komen anda di sini seperti memburukkan diri anda & tempat anda sendiri..Renung-renungkan lah..

    ReplyDelete

Komen biarlah berlandaskan nilai akhlak yg ibu & ayah anda ajarkan..