Sambutan pada tahun ini masih mengekalkan tema yang sama iaitu ' Wassatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' . Oleh yang demikian umat Islam digalakkan untuk bersederhana dalam aspek kehidupan. Semoga kita sama-sama dapat mencontohi pendekatan kesederhanaan dan seimbang yang dipelopori oleh Nabi Muhammad SAW yang menjadikan pendudukan Madinah contoh terbaik .
Majlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Al Fadzil Ustaz Altantowi bin Yusoff ( PU Towi) peserta Pencetus Ummah dan diakhiri dengan Jamuan untuk semua hadirin.
Semoga dengan program ini dapat membangkitkan rasa cinta kepada Rasullullah SAW dan merapatkan lagi saliturrahim dikalangan penduduk Taman Mahsuri. Insyaallah.
Pendaftran kontijen perarakan |
sarapan pagi disediakan untuk peserta perarakan. |
peserta-peserta perarakan menunggu dimulakan. |
urusetia |
Kumpulan Kompang KRT Taman Mahsuri mengetuai perarakan. |
berbagai lapisan masyarakat menyertai perarakan. |
Pengerusi KRT bersama Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu turut serta dalam perarakan. |
Tuan Hj.Razif mengetuai kumpulan Selawat |
peserta bukan Islam turut serta berarak. |
warga emas pun turut berarak. |
Kontinjen MRSM Kubang Pasu. |
Taman Mahsuri berselawat. |
Ceramah oleh PU Thowi |
Jamuan untuk semua. |