Thursday, August 29, 2013

MERDEKA, MERDEKA , MERDEKA



ERTI KEMERDEKAAN

Kita mencari hanya yang tulen dan jati
sekadar hidup mengerti dan berbudi
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama

tanah air memberi banyak
mesra mendakap kita
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu berjalan kita
atas nama tanah air dan bangsa
bangga kerana merdeka
megah kerana bahagia.

S.N. A. Samad Said

Sunday, August 4, 2013

SALAM AIDILFITRI



Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU ,yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang erat itu AMANAH, yang mudah itu MELAKUKAN DOSA, yang panjang itu AMAL SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN - salam aidilfitri maaf zahir dan batin.

Tangan dihulur maaf dipinta
Erat hubungan sesama kita
Semoga gembira dihari yang mulia ini
salah dan silap harap dimaafi
SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI
maaf zahir dan batin

daripada

Pengerusi dan AJK KRT Taman Mahsuri.