SELAMAT TINGGAL TAHUN 2012 DAN SELAMAT DATANG TAHUN 2013 SEMOGA TAHUN 2013 LEBIH BAIK DAN TERUS CEMERLANG. |
Saturday, December 29, 2012
Thursday, December 27, 2012
JOM MAIN PERMAINAN DULU-DULU
Seperti yang telah dirancang pada 25 Disember, 2012 bertempat di gelanggang Futsal 1 Malaysia Taman Mahsuri KRT Taman Mahsuri telah menganjurkan program JOM MAIN PERMAINAN DULU-DULU.Sambutan daripada Jiran Muda amat menggalakan . Objektif program tercapai . Anak-anak muda telah mulai berminat dan permainan tradisional telah menguasai jiwa golongan muda.Bagi generasi lama program ini telah memberi nostalgia kepada mereka. Permainan yang dimulakan jam 8.30 pagi dengan permainan guli berakhir jam 3.00 petang dengan permainan tuju tin . Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Zulfitri bin Yaacob Setiausaha Sulit kepada YB Dato Wira Mohd.Johari Baharum Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu.
guli bank |
acara tuju para |
acara tarik upih |
berjalan atas tempurung |
gelek kong |
tuju tin |
guli pacat |
ucapan perasmian penutupan program oleh Encik Zulfitri bin Yaacob |
acara sampingan pameran |
permainan guli bank |
permainan guli menarik ramai peminat |
acara sampingan sudut inovasi - membuat sabun yang dipelajari semasa lawatan ke Hadyai baru-baru ini |
pertandingan bulu ayam |
pertandinga tiup getah |
Sunday, December 16, 2012
KRT PRIHATIN
Atas rasa simpati dan prihatin KRT Taman Mahsuri telah melakukan ziarah kepada dua individu yang sedang sakit iaitu Encik Ismail bin Othman yang menetap di 672 Lorong 7C, Taman Mahsuri Fasa 2C dan Pn.Munirah bt Ghazali di No. 56 Lorong 2A, Taman Mahsuuri Fasa 2A bagi melahirkan rasa simpati dan menghulurkan sedikit sumbangan yang termampu untuk meringankan beban yang ditanggung. Semoga khidmat bakti YANG SEDIKIT ini akan mendapat ganjaran yang sewajarnya drp. Allah swt. Insyaallah.
Encik Ismail Othman menerima sumbangan daripada En. Zainon b. Bakar Timbalan Pengerusi KRT Taman Mahsuri |
Pn.Munirah Ghazali ........Terima kasih KRT Taman Mahsuri |
Saturday, December 15, 2012
JOM MAIN PERMAINAN DULU-DULU
KRT Taman Mahsuri akan menganjurkan program Jom Main Permainan Dulu-Dulu ataupun permainan tradisional pada 25 Disember, 2012 bertempat di gelanggang Futsal 1 Malaysia, Sebagai persiapan KRT Tanman Mahsuri telah mengadakan pertandingan persahabatan dengan AADK Kubang Pasu pada 15 Disember, 2012 dengan bermain guli, tuju pot dan tuju para.. Pertandingan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada AADK Kubang Pasu. Tahniah .Kita jumpa lagi pada 25 Disember, 2012 nanti.
MAIN GULI |
PERMAINAN TUJU POT |
MAIN GULI |
Kak Cik ....kena ka tu lama sangat tu...... |
AADK menang |
Thursday, December 13, 2012
LAWATAN SAMBIL BELAJAR JAWATANKUASA PENYELARAS RUKUN TETANGGA MELAKA TENGAH.
KRT Taman Mahsuri mengucapakn Selamat Datang dan terima kasih kepada Jawatankuasa Penyelaras Rukun Tetangga Melaka Tengah kerana telah memilih KRT Taman Mahsuri sebagai detinasi lawatan mereka ke Utara Semenangjong. Peserta lawatan terdiri daripada Pengerusi-Pengerusi KRT Melaka Tengah seramai 25 orang tiba di KRT Taman Mahsuri pada 12.12.12 jam 8.45 malam. Majlis sambutan dimulakan dengan ucapan aluan Encik Ahmad Shaker bin Ahmad Pengerusi KRT Taman Mahsuri dan ucapan balas daripada Tuan Hj. Othman Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Rukun Tetangga Melaka Tengah . Majlis diakhiri dengan Jamuan Makan Malam dan majlis ramah mesra.
Ucapan Aluan Pengerusi KRT Taman Mahsuri Encik Ahmad Shaker bin Ahmad |
Ucapan Tuan Hj.Othman - Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Rukun Tetangga Melaka Tengah. |
1 MALAYSIA. |
Wednesday, December 12, 2012
PENCALONAN ANUGERAH PERDANA KATEGORI PENGURUSAN 2011
KRT Taman Mahsuri adalah antara KRT yang disenarai pendek bagi pencalonan Anugerah Perdana Kategori Pengurusan 2011. Baru-baru ini Panel Penilaian Anugerah Perdana telah datang untuk membuat penilaian pengurusan KRT Taman Mahsuri yang diketuai oleh Encik Zakaria bin Hashim, Pengarah Bahagian Pengurusan Perpaduan JPNIN. Semoga berjaya .......Insyaallah
Tuesday, December 11, 2012
PROGRAM MEMASAK BUBOQ ASYURA 1 MALAYSIA.
KRT Taman Mahsuri dengan kerjasama AADK Daerah Kubang Pasu telah menganjurkan Program Memasak Buboq Asyura 1 Malaysia pada 9 Disember, 2012 bertempat di Dewan Rumah Komuniti AADK Daerah Kubang Pasu. Objektif utama program adalah mengeratkan tali salittulrahim dikalangan masyarakat Taman Mahsuri amnya. Turut serta dalam program tersebut adalah dikalangan kaum China dan India . Sebanyak 4 kawah buboq telah dimasak dan diagihan kepada penduduk Taman Mahsuri. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai AADK Daerah Kubang Pasu Encik Roslan bin Hussin. Terima kasih kepada semua yang telah bekerja keras menjayakan program ini.
Saturday, November 24, 2012
HARI ASYURA
Hari ini 10 Muharram merupakan Hari Asyura .banyak peristiwa penting berlaku. Berikut peristiwa-peristiwa yang berlaku untuk renungan kita bersama :
1. Terbunuhnya Saidina Hussain di Karbala
2. Diterima taubat Nabi Adam a.s
3. Dicipa Nabi Adam a.s
4. Dimasukkan Nabi Adam kedalam syurga
5. Dicipta arasy,langit,matahari, bulan dan bintang
6. Dilahirkan Nabi Ibrahim
7. Selamat Nabi Ibrahim daripada api namrud
8. Selamatnya Nabi Musa dan lemasnya firaun
9. Dilahirkan Nabi Isa
10. Diangkat Nabi Isa kelangit
11. Diangkat Nabi Idris kelangit
12. Mendaratnya kapal Nabi Noh dengan selamat di atas Bukit Judy
13 Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar
14 Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun
15. Nabi Yaakub dapat melihat kembali selepas drp. menjadi buta
16 Dikeluarkan Nabi Yusuf drp. telaga buta
17 Disembuhkan Nabi Ayub drp. penyakitnya
18. Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi
Renung-renungkan......
1. Terbunuhnya Saidina Hussain di Karbala
2. Diterima taubat Nabi Adam a.s
3. Dicipa Nabi Adam a.s
4. Dimasukkan Nabi Adam kedalam syurga
5. Dicipta arasy,langit,matahari, bulan dan bintang
6. Dilahirkan Nabi Ibrahim
7. Selamat Nabi Ibrahim daripada api namrud
8. Selamatnya Nabi Musa dan lemasnya firaun
9. Dilahirkan Nabi Isa
10. Diangkat Nabi Isa kelangit
11. Diangkat Nabi Idris kelangit
12. Mendaratnya kapal Nabi Noh dengan selamat di atas Bukit Judy
13 Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar
14 Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun
15. Nabi Yaakub dapat melihat kembali selepas drp. menjadi buta
16 Dikeluarkan Nabi Yusuf drp. telaga buta
17 Disembuhkan Nabi Ayub drp. penyakitnya
18. Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi
Renung-renungkan......
10 Muharram
Ketahuilah Amalan Yang Disunatkan Pada 10 Muharram
بسم الله ، والØمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصØبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Ia termasuk antara bulan-bulan yang dihormati sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Amalan Yang Disunatkan Pada Hari ‘Asyura’
Di dalam hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada disebutkan mengenai amalan-amalan yang sunat dilakukan pada hari ‘Asyura’ serta fadhilat yang diperolehi bagi sesiapa yang melaksanakan amalan-amalan tersebut. Amalan yang dimaksudkan ialah melakukan ibadah puasa dan menyenangkan hati kaum keluarga.
1. Puasa pada hari ‘Asyura’
Hukum berpuasa pada hari ‘Asyura’ adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang amat dituntut. Anjuran berpuasa pada hari tersebut disebutkan dalam hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Baginda bersabda:
Maksudnya:
“Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Muharram dan sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang pada waktu malam.”
(Hadis riwayat Muslim)
Dalam hadis yang lain pula, Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma menceritakan:
Maksudnya:
“Aku tidak melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mencari-cari puasa pada satu hari, (Baginda) mengutamakannya daripada hari-hari yang selainnya, kecuali hari ini iaitu hari ‘Asyura’, dan bulan ini iaitu bulan Ramadhan.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam turut berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan Baginda menyuruh umat Islam berpuasa supaya tidak terlepas peluang melaksanakan tuntutan sunat ini. Antaranya:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Sa‘id bin Jabir daripada ayahnya, daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhum, katanya:
Maksudnya:
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sampai ke Madinah lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’. Kemudian Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apa ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari baik, Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh-musuh mereka lalu (pada hari ini) Nabi Musa berpuasa.” Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku lebih berhak untuk menghormati Musa daripada kamu.” Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa hari ‘Asyura dan menyuruh para sahabat untuk berpuasa pada hari tersebut.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Humaid bin Abdul Rahman, dia mendengar Muawiyyah bin Abu Sufyan berkata di atas minbar pada hari ‘Asyura:
Maksudnya:
“Wahai penduduk Madinah, di manakah para ulama kamu? Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ini adalah hari ‘Asyura’, dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa. Namun aku berpuasa. Maka barangsiapa yang menghendaki untuk berpuasa, maka berpuasalah dan barangsiapa yang menghendaki untuk tidak berpuasa, maka berbukalah”.
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan hadis-hadis di atas, jelas bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menggalakkan umat Islam supaya melakukan puasa hari ‘Asyura’. Setentunyalah dengan galakan daripada Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri, peluang seumpama ini tidak dilepaskan oleh umat Islam, apalagi jika mengetahui fadhilat yang diberikan kepada mereka yang melakukan puasa hari ‘Asyura’. Fadhilat berpuasa hari ‘Asyura’ disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Qatadah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“… Berpuasa pada hari ‘Asyura, aku mengira bahawa Allah akan menebus dosa tahun yang dahulunya (bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut).”(Hadis riwayat Muslim)
Terdapat beberapa pendapat tentang apa yang dimaksudkan dengan ‘tahun yang dahulunya’:
i. Tahun itu sendiri, iaitu sembilan hari sebelum hari ‘Asyura’.
ii. Sepanjang tahun sebelum hari ‘Asyura (iaitu bermula dari hari ‘Asyura’ sebelumnya).
Didahului Dengan Puasa Tasu‘a’ (9 Muharram)
Bagi orang yang hendak berpuasa sunat pada hari ‘Asyura’ sunat mendahuluinya dengan berpuasa pada hari Tasu‘a’ iaitu pada 9 Muharram.
Hikmah di sebalik mendahuluinya dengan berpuasa pada hari Tasu‘a’ ialah:
a. Sebagai langkah berhati-hati pada pengiraan awal bulan Muharram. Ini kerana ditakuti jika berlaku sedemikian, maka kemungkinan sahaja hari yang dikira sebagai Tasu‘a’ adalah sebetulnya hari ‘Asyura’.
b. Agar umat Islam tidak menyerupai orang Yahudi yang berpuasa pada hari ‘Asyura’ sahaja.
c. Menyambung puasa hari ‘Asyura’ dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari ‘Asyura’
Meneruskan Puasa Hingga 11 Muharram
Apabila seseorang melaksanakan puasa hari ‘Asyura’, sunat juga menggandingkannya dengan berpuasa pada 11 Muharram, walaupun dia tidak melakukan puasa hari Tasu‘a’.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Puasalah kamu pada hari ‘Asyura dan janganlah kamu menyerupai padanya dengan orang Yahudi. Puasalah kamu (dengan puasa ‘Asyura) sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Berdasarkan penjelasan di atas, terdapat beberapa cara melakukan puasa hari ‘Asyura’ iaitu:
i. Berpuasa pada hari ‘Asyura’ sahaja.
ii. Berpuasa pada hari Tasu‘a’ (9 Muharram) dan pada hari ‘Asyura’.
iii. Berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan pada 11 Muharram.
iv. Berpuasa pada hari Tasu‘a’ (9 Muharram) , hari ‘Asyura’ dan 11 Muharram. Gandingan berpuasa tiga hari ini (9,10,11 Muharram) adalah digemari sebagaimana yang disebutkan oleh Imam asy-Syafi‘e Rahimahullah.
2. Menyenangkan hati kaum keluarga
Selain daripada melakukan puasa pada hari ‘Asyura’, orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)
Apa yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih daripada hari biasa serta menggembirakan anak-anak contohnya dengan menghulur belanja lebih dan yang seumpamanya.
Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya. Adapun apa yang selain daripada dua perkara di atas seperti sembahyang malam ‘Asyura’, mandi hari ‘Asyura’, bercelak mata dan yang lainnya tidaklah ada disebut melainkan pada hadis-hadis dhaif, munkar dan maudhu‘.
Marilah kita bertekad untuk mengisi hari ‘Asyura’ yang datang sekali setahun di bulan Muharram ini dengan mengambil iktibar peristiwa yang berlaku pada tarikh tersebut dan melaksanakan apa yang dianjurkan oleh syara‘.
Berpuasa serta menyenangkan hati keluarga, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin pada hari ‘Asyura’ ini adalah amalan yang tidak boleh dilepaskan fadhilatnya begitu sahaja.
Wednesday, November 7, 2012
HAPPY DEEPAVALI
Selamat Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan beragama Hindu. Semoga dengan hadirnya Pesta Cahaya ini akan membawa kebahgiaan dan keceriaan buat anda semua.
Tuesday, October 30, 2012
PROGRAM IBADAT KORBAN 1433H
Setiap tahun apabila menjelang tarikh 10 Zulhijjah umat Islam diseluruh dunia akan menyambut Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Kalimah Aidil Adha membawa maskud pengorbanan . Pada kesempatan ini umat Islam mengambil peluang untuk melaksanakan ibadat korban iaitu ibadat yang sangat dituntut (sunat muakkad) bagi individu muslim.
Bagi tujuan tersebut KRT Taman Mahsuri telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Ibadat Korban pada 28 Oktober, 2012 bersamaan 12 Zulhijjah 1433H bertempat di Pusat Kawalan SRS dengan menyembelih 5 ekor lembu.
Bagi tujuan tersebut KRT Taman Mahsuri telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Ibadat Korban pada 28 Oktober, 2012 bersamaan 12 Zulhijjah 1433H bertempat di Pusat Kawalan SRS dengan menyembelih 5 ekor lembu.
Pengerusi KRT Taman Mahsuri En.Ahmad Shaker bi Ahmad memberi ucapan Aluan sempena Program tersebut. |
Tolong menolong menyempurnakan Ibadat Korban. |
berdebar..........menunggu giliran. |
Thursday, September 20, 2012
MAJLIS MERDEKA RAYA 2012
Majlis Merdeka Raya telah diadakan pada 8 September, 2012 bertempat di Pendang Lake Resort.
Pelbagai acara diadakan antaranya Pertandingan Mewarna bagi Tadika Perpaduan Daerah Pendang, Konvoi Kembara Merdeka dan Pertandningan Kibar Jalur Gemilang.
KRT Taman Mahsuri mendapat hadiah saguhati bagi Pertandingan Kibar Jalur Gemilang peringkat Ngegeri Kedah Tahun 2012 Kategori Pusat Rukun Tetangga.Tahniah kepada KRT Kemboja Langkawi yang telah mendapat Johan dalam pertandingan ini.
Pelbagai acara diadakan antaranya Pertandingan Mewarna bagi Tadika Perpaduan Daerah Pendang, Konvoi Kembara Merdeka dan Pertandningan Kibar Jalur Gemilang.
KRT Taman Mahsuri mendapat hadiah saguhati bagi Pertandingan Kibar Jalur Gemilang peringkat Ngegeri Kedah Tahun 2012 Kategori Pusat Rukun Tetangga.Tahniah kepada KRT Kemboja Langkawi yang telah mendapat Johan dalam pertandingan ini.
Timbalan Pengerusi KRT Taman Mahsuri Encik Zainon bin Bakar menerima Sijil Penghargaan daripada Pengarah JPNIN Kedah. |
Monday, September 17, 2012
MAJLIS PERASMIAN PUSAT KAWALAN SRS DAN JAMUAN AIDIL FITRI 1433H
Program ini juga mendapat sokongan dan kerjasama AADK Daerah Kubang Pasu dan KPDNKK . Pihak AADK dan KPDNKK telah mengadakan pameran sempena majlis tersebut. Kempen Derma Darah juga diadakan dengan kerjasama Hospital Daerah Jitra.
ucapan aluan Pengerusi KRT Taman Mahsuri Encik Ahmad Shaker bin Ahmad |
ucapan wakil KPDNKK |
ucapan Perasmian olah YB Dato Mohd.Johari bin Baharum Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. |
YB. Dato memberi sumbangan duit raya kepada kanak-kanak |
Pemenang tempat ketiga Pertandingan Hiasan Gerai AADK Daerah Kubang Pasu. |
Pemenang Tempat Kedua Pertandingan Hiasan Gerai BIRO EKONOMI |
Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Hiasan Gerai BIRO KESELAMATAN |
Gerai paling laris - BIRO SUKAN - sate & Nugget |
Pak Long - & Keluarga KRT selagi ada waktu selagi ada rindu biar beribu batu ingin aku bertemu. |
Subscribe to:
Posts (Atom)