Rumah Terbuka Aidilfitri telah diadakan pada 14 September, 2011 bertempat diperkarangan rumah Pengerusi KRT Taman Mahsuri En.Ahmad Shaker bin Ahmad mulai jam 8.00 malam hingga 11.00 malam.Berbagai lapisan masyarakat dan berbagai bangsa hadir pada majlis tersebut.Berbagai menu disediakan Kambing Salai, Nasi Beriani, Laksa, Char Koay Teow ,Satay, ketupat, berbagai jenis minuman dan lain-lain menu tambahan. Terima kasih kepada semua ahli KRT Taman Mahsuri yang telah bertungkus lumus bekerjasama menjayakan majlis tersebut. Insyaalah tahun depan kita berjumpa lagii.
Thursday, September 15, 2011
Monday, September 5, 2011
MEMASAK BUBUR LAMBUK
Program bermula jam 9.00 pagi dengan membuat persiapan bahan-bahan masakan dan bubur lambuk siap dimasak dalam 2 periuk besar jam 1.00 tengahari. Bubur lambuk mula diagihkan kepada orang ramai mulai jam 5.00 petang. YB. Dato Wira Mohd. Johari Baharom Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu telah sudi mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai. Dalam masa 1 jam sahaja sebanyak 1700 bungkus bubur lambuk telah habis diagihkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)