Lebih kurang 120 orang telah menyertai konvoi Kembara Muhibbah yang terdiri daripada 40 belia bermotosikal dan ahli-ahli KRT Taman Mahsuri serta keluarga masing-masing. Tujuan program ini ialah untuk melibatkan para remaja dalam aktiviti kemasyakatan dengan memberi khidmat masayarakat kepada penduduk setempat dan untuk mengeratkan ukhwah.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong mengecat semula surau kg. Tengah, Kuala Sungai Yan,
ceramah motivasi, majlis bacaan Yassin, Kuliah Suboh dan sukaneka.Sambutan dan kerjasama daripada penduduk setempat amat menggalakkan . Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama menjayakan Program Kembara Muhibbah.
ucapan oleh En. Ismail b. Zakaria -Pegawai Perpaduan dan Intergrasi Nasional Daerah Kubang Pasu semasa melepaskan konvoi Kembara Muhibbah |