Sempena keputeraan Nabi Muhammad s.a.w,Rasulullah junjungan kita,pihak induk KRT Tmn Mahsuri tidak ketinggalan untuk menyertai perarakan yang telah dilakukan juga sebelum ini.Kali ini penyertaan sangat menggalakkan.Terdiri dari penduduk Tmn Mahsuri,pelajar-pelajar dari Kolej Komuniti,Polimas,Tunku Anum.Paling membanggakan apabila mereka yang bukan beragama Islam juga turut sama berarak bersama kami.Antaranya mereka yang dari kaum India,Siam dan Cina.Ini membuktikan kerukunan penduduk di Tmn Mahsuri tidak terbatas pada sesuatu kaum sahaja.Ia juga menyahut seruan Perdana Menteri kita dalam merealisasikan slogan 1 Malaysia.
Terima kasih juga kepada pihak media kerana sudi menyiarkan tentang aktiviti perarakan di tempat kami. Keratan akhbar boleh dilihat di
SINI....