Saturday, January 18, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H

Alhamdulillah Majlis Sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW telah diadakan dengan jayanya pada 14 Januari, 2014 bertempat di perkarangan Surau Ann Nur, Taman Mahsuri Fasa 2A .  Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.  Kemudian perarakan sejauh 1.5 km dimulakan yang disertai oleh penduduk-penduduk Taman Mahsuri, Pelajar-pelajar MRSM Kubang Pasu, Guru-Guru Pelatih IPG Kampus Darulaman, serta murid-murid Sekolah Menengah yang berdekatan.

Sambutan pada tahun ini masih mengekalkan tema yang sama iaitu ' Wassatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' . Oleh yang demikian umat Islam digalakkan untuk bersederhana dalam aspek kehidupan.  Semoga kita sama-sama dapat mencontohi pendekatan kesederhanaan dan seimbang yang dipelopori oleh Nabi Muhammad SAW yang menjadikan pendudukan Madinah contoh terbaik .

Majlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Al Fadzil Ustaz Altantowi bin Yusoff ( PU Towi) peserta Pencetus Ummah dan diakhiri dengan  Jamuan untuk semua hadirin.

Semoga dengan program ini dapat membangkitkan rasa cinta kepada Rasullullah SAW dan merapatkan lagi saliturrahim dikalangan penduduk Taman Mahsuri. Insyaallah.
Pendaftran kontijen perarakan

sarapan pagi disediakan untuk peserta perarakan.


peserta-peserta perarakan menunggu dimulakan.


urusetia


Kumpulan Kompang KRT Taman Mahsuri mengetuai perarakan.

berbagai lapisan masyarakat menyertai perarakan.

Pengerusi KRT bersama Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu turut serta dalam perarakan.

Tuan Hj.Razif mengetuai kumpulan Selawat



peserta bukan Islam turut serta berarak.

warga emas pun turut berarak.

Kontinjen MRSM Kubang Pasu.





Taman Mahsuri berselawat.

Ceramah oleh  PU Thowi

Jamuan untuk semua.