Wednesday, September 18, 2013

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JOM RONDA VERSI 2.0 PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU.

Baru-baru ini pada 15 September, 2013 bertempat di Pusat Kawalan SRS KRT Taman Mahsuri jam 9.00 malam  telah berlangsung majlis Perasmian Program Jom Ronda Versi 2.0 peringkat Daerah Kubang Pasu yang telah dirasmikan oleh YB Encik Aminuddin bin Omar ADUN Kawasan Jitra. Diantara tujuan program ialah untuk menghargai jasa dan pengorbannan yang diberi oleh ahli SRS dalam menjaga keamanan dikawasan kejiranan masing-masing. Disamping itu program ini juga bertujuan merapatkan hubungan dan persefahaman diantara sektor masyarakat dan agensi pencegahan jenayah khasnya PDRM dan ATM.
YB Encik Aminuddin bin Omar merasmikan Program Jom Ronda Versi 2.0




Rondaan disekitar Taman Mahsuri

Ucapan Perasmian oleh YB Encik Aminuddin bin Omar ADUN Jitra.


Menandatangani Buku Pelawat





Doa dibaca untuk keberkatan 













Sekatan jalanraya oleh Polis dan SRS


RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KRT TAMAN MAHSURI 1434H

Rumah Terbuka Aidilfitri KRT Taman Mahsuri telah diadakan pada 4 September, 2013 bersamaan 28 Syawal 1434H jam 9.00 malam bertempat di Dewan Taman Mahsuri Fasa 2A.  Sambutan dari masyarakat setempat dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum amat menggalakan selaras dengan tujuan program merapatkan lagi hubungan dan mengeratkan saliturrahim dikalangan penduduk Taman Mahsuri.Pelbagai juadah disediakan untuk para tetamu. Sambutan pada tahun ini walaupun disambut secara sederhana tapi meriah. Tuan Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu Encik Mohd Shafirul bin Abdul Satar turut hadir.












Sumbangan duit raya untuk kanak-kanak