Thursday, September 20, 2012

MAJLIS MERDEKA RAYA 2012

Majlis Merdeka Raya telah diadakan pada 8 September, 2012 bertempat di Pendang Lake Resort.
Pelbagai acara diadakan antaranya Pertandingan Mewarna bagi Tadika Perpaduan Daerah Pendang, Konvoi Kembara Merdeka dan Pertandningan Kibar Jalur Gemilang.

KRT Taman Mahsuri mendapat hadiah saguhati bagi Pertandingan Kibar Jalur Gemilang peringkat Ngegeri Kedah Tahun 2012 Kategori Pusat Rukun Tetangga.Tahniah kepada KRT Kemboja Langkawi yang telah mendapat Johan dalam pertandingan ini.

Timbalan Pengerusi KRT Taman Mahsuri Encik Zainon bin Bakar
menerima Sijil Penghargaan  daripada
Pengarah JPNIN Kedah.





Monday, September 17, 2012

MAJLIS PERASMIAN PUSAT KAWALAN SRS DAN JAMUAN AIDIL FITRI 1433H


Majlis perasmian Pusat Kawalan SRS telah berlangsung pada 16 September, 2012 dan telah disempurnakan oleh YB. Dato Wira Mohd. Johari bin Baharum Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu.  Majlis bermula jam 10.30 pagi dengan upacara perasmian dan diikuti dengan Jamuan Aidilfitri bermula jam 11.30 pagi hingga 4.00 petang.  Perlbagai menu disajikan untuk para tetamu yang disediakan oleh setiap Biro KRT Taman Mahsuri. Walaupun hujan pada awal pagi sambutan masyarakat setempat amat menggalakkan dan majlis berjalan dengan lancar , sungguh meriah dan penuh warna-warni.

Program ini juga mendapat sokongan dan kerjasama  AADK Daerah Kubang Pasu dan KPDNKK . Pihak AADK dan KPDNKK telah mengadakan pameran sempena majlis tersebut. Kempen Derma Darah juga diadakan dengan kerjasama Hospital Daerah Jitra.








ucapan aluan Pengerusi KRT Taman Mahsuri
Encik Ahmad Shaker bin Ahmad
ucapan wakil KPDNKK

ucapan Perasmian olah YB Dato Mohd.Johari bin Baharum
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.


YB. Dato memberi sumbangan duit raya kepada kanak-kanak

Pemenang tempat ketiga  Pertandingan Hiasan Gerai
 AADK Daerah Kubang Pasu.

Pemenang Tempat Kedua Pertandingan Hiasan Gerai
BIRO EKONOMI

Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Hiasan Gerai
BIRO KESELAMATAN






Gerai paling laris - BIRO SUKAN - sate & Nugget





















Pak Long - & Keluarga KRT
selagi ada waktu
selagi ada rindu
biar beribu batu
ingin aku bertemu.