Friday, May 18, 2012

TUGAS ANGGOTA SRS WANITA PADA HARI JUMAAT

Pada hari Jumaat anggota SRS Wanita KRT Taman Mahsuri ditugaskan  membuat rondaan disekitar kawasan masjid terutama semasa kaum Muslimin mendirikan solah Jumaat.  Rondaan ini dilakukan dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Masjid Al Muttaqqin dan Balai Polis Komuniti Bandar Baru Darulaman.Tujuannya untuk membendung kegiatan mencuri motosikal dan barang-barang berharga Jemaah masjid ketika mendirikan solat Jumaat. 

Baru-baru ini Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah -Tunku Temenggong Kedah (Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah) telah berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Mutaqqin dan kami anggota SRS wanita sangat bertuah kerana dapat berkhidmat  mengawal keselamatan pada hari tersebut.


Alhamdulillah, sejak rondaan dijalankan oleh anggota SRS Wanita kejadian mencuri motosikal telah dapat dikawal . Moga khidmat murni SRS Wanita ini diberkati Allah SWT.

Mr Chamnat a/l  Iprat anggota SRS bertugas pada hari keberangkatan Tuanku

 Petugas SRS wanita bersama salah seorang anggota polis keturunan Cina dari Balai Polis Komuniti Bandar Baru Darulaman.

Antara petugas SRS Wanita yang bertugas pada hari tersebut.

Sekatan Jalanraya bersama Polis Komuniti

Pada 18 Mei 2012 jam 12.30 pagi telah diadakan sekatan jalanraya bersama pihak Polis Komuniti Bandar Darulaman. Seramai 20 orang petugas SRS telah turun bertugas dan seramai 8 orang Polis telah turun bersama pihak SRS membuat sekatan jalanraya.

Sekatan jalanraya berlangsung sehingga jam 2 pagi..Sekatan jalanraya ini berlangsung dengan jayanya. Pihak kami dapat menahan pengguna motosikal yang tidak memakai topi keledar, pengguna kereta yang sudah tamat lesen memandu dan roadtax.

Kami berharap dapat bekerjasama dengan mereka lagi selepas ini.

Harap maaf..gambar tidak berapa jelas..hanya guna kamera telefon..









Wednesday, May 16, 2012

Sambutan Hari Ibu

Pada 30 April 2012 bertempat di Hotel Darulaman, telah di adakan Sambutan Hari Ibu yang dianjurkan bersama oleh Jiran Wanita & Jiran Usia Emas.
Majlis berlangsung jam 8.30malam dan dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Kubang Pasu , En. Ismail bin Zakaria  Ia diserikan lagi dengan kehadiran Dato` Khalida Adibah binti Haji Ayob selaku Ketua Wanita Kubang Pasu & Puan Rohani Kassim, Penolong Setiusaha Wanita Kubang Pasu.

 Urusetia Pendaftaran

 Banner untuk Sambutan Hari Ibu 2012
 Antara yang hadir
 Puan Hajah Faizah bin Mohd Noor memberi ucapan selaku wakil Ibu


En. Ahmad Shaker bin Ahmad, Pengerusi KRT Taman Mahsuri memberi ucapan

En. Ismail bin Zakaria, Pengarah Jabatan Perpaduan memberi ucapan serta merasmikan Sambutan Hari Ibu 2012

Persembahan Nasyid oleh para ibu KRT Taman Mahsuri mendendangkan lagu Ibu Mithali & Perpaduan...Syahdunya suara ibu-ibu nie...

Persembahan seloka spontan oleh wakil bapa iaitu En.Badrul Hisham,En.Mahadzi & Mr Chamnat..Walaupun tiada persediaan..tapi buat penonton terhibur.. 

 Persembahan lakonan oleh wakil ibu-ibu. Mengisahkan tentang Man seorang remaja yang terlibat dengan dadah yang degil tidak menghiraukan teguran keluarganya hinggalah pihak polis berjaya menangkap beliau,setelah beberapa tahun berada di pusat pemulihan akhlak,beliau telah insaf...agak sedih bila di akhir cerita kedengaran lagu dendangan dari Aishah mengenai Ibu....


 Para pelakon dari kiri Puan Sarina sebagai pegawai polis,Puan Maziah sebagai anak yang sosial,Puan Rosmena sebagai ibu yang penyayang,Puan Khalijah sebagai bapa yang garang dan Puan Azizah Yusof sebagai abang yang garang..Berbakat sebenarnya ahli-ahli KRT Taman Mahsuri nie..



 Perarakan masuk oleh para remaja yang mempersembahkan Dikir Barat..Segak bergaya dengan baju melayu...selain dari Hari Raya...payah nak tengok..ini lah peluang nak tengok..:)

Bersemangat mereka..Pandai bermain alat muzik tradisional..Tekong adalah anak kepada Puan Che Rokiah & Puan Maziah...pandai buat loghat Kelantan..Semua penonton turut sama menyanyi & bersorak kerana sangat terhibur dengan nyanyian mereka yang bersemangat...

Agaknya Pengerusi KRT kita terhibur hinggakan pejam mata pun tersenyum...:)


 Persembahan Boria oleh wakil ibu...Pengisian Boria yang sangat mengelikan hati...


 Persembahan sketsa oleh Puan Che Rokiah & Puan Siah Md Dar...mengisahkan seorang anak membawa ibunya pergi memancing..Yang kelakarnya mereka dapat menangkap ikan berwarna hijau & biru..Ia sebenarnya berkaitan dengan Pilihanraya yang bakal tiba...buat suma orang ketawa...


Persembahan deklemasi sajak yang diberi tajuk Untukmu Ibu..oleh Cik Zanhassida Md.Isa yang sangat menyentuh hati penonton..


 Antara Ibu yang menangis...


Selawat penutup oleh Puan Umisofian binti Md Yusoff yang sangat menyentuh kalbu...



Akhirnya terlihat tersenyum puas dari raut wajah Pengerusi KRT Taman Mahsuri dengan persembahan yang 

TAHNIAH BUAT MEREKA BERDUA...MOGA LEBIH BANYAK SUMBANGAN LAGI DITABURKAN...BUKAN SAHAJA MEREKA BERDUA..MALAH SEMUA PENDUDUK DI TAMAN MAHSURI TERUTAMA AHLI KRT TAMAN MAHSURI DALAM MEMBERI MANFAAT BUAT KEBAIKAN KRT TAMAN MAHSURI....



 Kek khas untuk Sambutan Hari Ibu..Terima kasih kepada En. Ahmad Shaker bin Ahmad..Pengerusi KRT Taman Mahsuri..

 Penulis bersama kedua ibu bapa,adik & kak ipar tersayang serta Det & tokwan yg popular di Taman Mahsuri....


Setelah melihat kesungguhan & berjayanya Sambutan Hari Ibu 2012 ini..Pengerusi KRT Taman Mahsuri akan membuat Hari Bakat yang mana penduduk KRT Taman Mahsuri boleh menunjuk bakat masing-masing...


p/s - Ada yang berbisik pada penulis yang penulis ada bakat berlakon setelah melihat penulis dapat membuat penonton menangis..:) isk...penulis betul2 nangis sebab pengisiannya mmg penulis benar2 maksudkan buat ibu penulis..:)

Sunday, May 6, 2012

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI PUSAT KAWALAN SRS

Majlis penyerahan kunci Pusat Kawalan SRS Taman Mahsuri telah diadakan pada 4 Mei, 2012 jam 9.00 malam dan telah disempurnakan oleh Encik Ismail bin Zakaria Pegawai Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Kubang Pasu. Turut hadir dalam majlis tersebut Sarjan Zulkifli Ketua Balai Polis Komuniti Bandar Baru Darulaman dan Tuan Haji Yusoff bin Ariffin Pengerusi IBS Bandar Baru Darulaman. Majlis ringkas tapi penuh bermakna ini diakhiri dengan jamuan kepada tetamu yang hadir.


Ucapan Pengerusi KRT Taman Mahsuri Encik Ahmad Shaker bin Ahmad

Ucapan En.Ismail bin Zakaria
Pegawai Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Kubang Pasu


upacara perasmian Pusat Kawalan SRS 

Menandatangani Dokumen Penyerahan Kunci


Pemotongan kek sempena 4 tahun penubuhan SRS