Wednesday, January 25, 2012

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PERPADUAN 1 MALAYSIA

Selaras dengan Gagasan 1 Malaysia, dalam usaha memperkukuhkan perpaduan serta menyuburkan cara hidup yang harmonis antara  kaum KRT Taman Mahsuri mengambil inisiatif  untuk memberi buah tangan kepada semua penduduk berbangsa China di Taman Mahsuri sempena Perayaan Tahun Baru China  tahun ini, Majlis tersebut telah berlangsung pada 20 Januari, 2012 jam 5.00 petang bertempat di Dewan Taman Mahsuri Fasa 2 A. Dalam ucapan aluannya  Pengerusi KRT Taman Mahsuri Encik Ahmad Shaker b. Ahmad mengalu-alukan penyertaan kaum China dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh KRT Taman Mahsuri. Pada majlis tersebut Encik Shaker turut menyampaikan beras, angpau, buah limau dan  ketupat serta rendang kepada warga emas, kanak-kanak dan OKU sambil mengharapkan Tahun Baru China kali ini yang jatuh pada tahun Naga disambut dengan penuh keceriaan.

HAPPY CHINESE NEW YEAR @ GONG XI FA CHAI 

PENDAFTARAN PENERIMA BANTUAN PERPADUAN 1 MALAYSIA

AHLI KRT TAMAN MAHSURI BERGOTONG-ROYONG MEMASAK KETUPAT UNTUK DIAGIHKAN.


ANGPOW UNTUK KANAK-KANAK
WARGA EMAS MENERIMA SUMBANGAN DRP. PENGERUSI KRT TAMAN MAHSURI
ENCIK AHMAD SHAKER BIN AHMAD.



TIDAK DILUPAKAN KANAK-KANAK OKU TURUT MENERIMA BANTUAN


                                                                                 

Monday, January 16, 2012

KACAU BUBOQ ASSYURA DAN PERTANDINGAN TEH TARIK



Acara sampingan semasa Program Pencarian Chef Muda berlangsung pada 25 Disember, 2011 ialah program kacau buboq assyura dan pertandingan teh tarik. Sebannyak 2 kawah buboq assyura telah dimasak untuk diagihkan kepada orang ramai. Pertandingan teh tarik menarik perhatian ramai kerana para peserta telah memperlihatkan bakat dan gaya yang persembahan yang menghiburkan.

Thursday, January 12, 2012

PENCARIAN CHEF MUDA

Pada 25 Disember, 2011 bertempat diperkarangan Gelanggang Futsal 1 Malaysia Taman Mahsuri KRT Taman Mahsuri telah menganjurkan satu lagi program iaitu Pencarian Chef Muda dibukla kepada para remaja yang berumur 15 - 18 tahun dan  menetap di Taman Mahsuri.  Tujuan program tersebut adalah untuk memberi inspirasi dan peluang kepada para peserta menunjukkan bakat terpendam mereka dalam bidang masakan.  Sambutan daripada para remaja amat menggalakkan dan hanya 20 peserta sahaja yang telah dipilih untuk mengambil bahagian dan Program Pencarian Chef Muda.
Peserta Pencarian Chef Muda




















Saturday, January 7, 2012

KEMBARA MUHIBBAH MESRARIA

Bertempat di Telok Senangin, yang terletak lebihkurang 30 km dari bandar Sitiawan, Perak  KRT Taman Mahsuri menganjurkan program Kembara Muhibbah Mesraria pada 15 - 17 Disember, 2011 . Seramai 24 buah kenderaan telah mengambil bahagian yang terdiri dari ahli keluarga masing-masing dengan jumlah semua peserta seramai 120 orang. Peserta remaja juga turut serta dengan konvoi bermotosikal. Tujuan untuk merapatkan ikatan kekeluargaan, menanam semangat kerjasama, tolerensi, dan memperkukuhan semangat pasukan. Berbagai aktiviti dijalankan sukaneka, dan lain-lain aktiviti kekeluargaan. Maklumbalas dari peserta amat positif dan semua peserta berpuashati dan gembira dengan semua aktiviti yang dijalankan.
Pendaftaran perserta
Ucapan Pengerusi KRT Taman Mahsuri En.Ahmad Shaker b. Ahmad


jom ke Telok Senangin

Ucapan Pegawai Perpaduan dan Intergrasi Nasinal Daerah Kubang Pasu En. Ismail bin Zakaria.
                                                                                    

para peserta bersiap sedia untuk berlepas.
                                                                                  

Encik Ismail melepaskan para peserta...

Tukang masak sibuk menyiapkan makan malam

cepaaaattt!!

cepat laaa.. sepak bola tu

ada gaya...
Tendangan penalti untuk menentukan pemenang.











makan time!!

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Encik Ahmad Ahaker bin Ahmad P
Pengerusi KRT Taman Mahsuri.


Monday, January 2, 2012

PERTANDINGAN FUTSAL BAWAH 12 TAHUN

Pada 25 November, 2011 Biro Sukan sekali lagi telah menganjurkan Pertandingan Futsal Bawah 12  Tahun di Gelanggang Futsal 1 Malaysia . Sebanyak 12 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Tujuan pertandingan ini diadakan ialah untuk mencungkil bakat baru dan memenuhi masa cuti sekolah dengan lebih berfaedah. Sambutan amat menggalankan dengan kehadiran ibubapa dan penduduk setempat.
Hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Shaker bin Ahmad Pengerusi KRT Taman Mahsuri.