Wednesday, November 30, 2011

PERTANDINGAN FUTSAL BAWAH 15 TAHUN

Pada 18 - 19 November 2011 bertempat di Gelanggang Futsal 1 Malaysia Taman Mahsuri  KRT Taman Mahsuri dibawah Biro Sukan dan Jiran Muda telah menganjurkan pertandingan Futsal Bawah 15 Tahun. Sebanyak 17 Pasukan telah mengambil bahagian. Pasukan Jitra Junior B telah muncul sebagai Johan dan Naib Johan disandang oleh pasukan  Super FC  dan tempat ketiga pasukan  ADM FC  . Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi KRT Taman Mahsuri Encik Zainon bin Bakar.

                  
               

Tuesday, November 8, 2011

PROGRAM IBADAH KORBAN1432H


Isnin 7 November, 2011: KRT Taman Mahsuri dengan kerjasama Daerah Mengundi BN Taman Mahsuri telah mengadakan Ibadah Korban selaras dengan tuntutan syariaat agama Islam iaitu bagi umatnya yang berkemampuan bagi diri sendiri dan orang-orang di bawah tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan Hari-Hari Tasyrik.

Sebanyak 6 ekor lembu telah dikorbankan dalam majlis tersebut.  Agihan daging korban telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Pengerusi KRT Taman Mahsuri kepada fakir miskin, ibu tunggal, dan penduduk Taman Mahsuri yang telah dikenalpasti.

Majlis Ibadah Korban ini merupakan salah satu program tahunan KRT Taman Mahsuri antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli-ahli KRT untuk beramal dan bersedekah bagi melaksanakan perintah Allah dan melahirkan rasa bersyukur kehadrat Allah Subhanahu wataala di atas rezeki, nikmat dan kurnianya serta meningkat dan mengukuhkan lagi keimanan dengan perkara-perkara kebajikan. Semoga amal ibadah korban ini akan diberkati dan diterima Allah jua. Insyaalah.

sebahgian drp. lembu-lembu yang akan dikorbankan.
                                                
Allahhuakbar Allah Huakbar..............
 
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

jiran wanita turut sama membantu melapah..




petugas-petugas menyediakan daging korban untuk diagihkan.
jamuan disediakan untuk petugas dan orang ramai.
........terima kasih