Thursday, August 25, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN
DRP:
Pengerusi dan AJK KRT Taman Mahsuri.
kepada yang masih ada ibubapa dan rang tua... ziarahlah mereka dihari yang mulia ini(hari raya)..insyaallah hidup kita akan diberkatiNya. Tak rugi kita mengembiraklan orang lain sebab Allah SWT akan membalas dengan kegembiraan yang tak tercetus di hati atau fikiran........

Lemah Gemalai Tuan Puteri
Berkain Cindai Cantik Sekali
Pohon kemaafan di Aidilfitri
Moga Ukhuwah Kekal Abadi

MAJLIS BERBUKA PUASA

Pada 24 Ramadhan 1432 bersamaan 24 Ogos, 2011 telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa di Surau Annur Taman Mahsuri dengan kerjasama AJK Surau Annur. Majlis dimulakan dengan Tahlil diikuti dengan berbuka puasa dan seterusnya solat Maghrib berjemaah. Terima kasih kepada yang telah sudi hadir sama-sama berbuka puasa dengan juadah yang disediakan enak sekali.

Tuesday, August 16, 2011

Salam kemerdekaan buat semua,

Ayuuh !! ...marilah kita kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda
cinta kita kepada negara.